PERTANYAAN seorang wanita mengenai mesej berunsur lucah antara bekas suaminya dan anak perempuan, menimbulkan kebimbangan ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, wanita dikenali sebagai Sue Othman turut mempersoalkan kewajaran seorang bapa terlalu kerap menghubungi anak perempuannya dan berbual menerusi panggilan telefon.
Bukan itu sahaja, gadis berusia 20 tahun itu turut diminta melafazkan ungkapan rindu dan sayang secara berulang kali setiap hari.
“Normal ke seorang bapa chat (mesej) dan call anak perempuan yang dah umur 20 tahun.
Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan
“Sentiasa minta anak sebut rindu, sayang? Apabila tak call sehari, merajuk bagai,” ujarnya menerusi hantaran di laman Thread.
Wanita ini turut mendakwa bekas suaminya berbual mengenai perkara berunsur lucah atas alasan mahu melayan anak seperti rakan sebaya.
"Call sembang lama-lama sampai tahap cerita 18SX.
ARTIKEL BERKAITAN: Letih layan pakwe suka sembang lucah, susah nak putus sebab hati dah sayang – "Normal ke phone sex dalam hubungan?"
ARTIKEL BERKAITAN: Geram ditunjuk isyarat lucah, wanita tengah main gim kejar budak lelaki sampai ke kolam – "Mak tak ajar, biar makcik ajarkan"
“Atas alasan nak treat macam kawan sebaya… sakit kepala fikir," tambahnya yang bimbang dengan situasi ini.
Bagi wanita ini, kasih sayang terhadap anak tidak perlu ditunjukkan melalui kata-kata yang berlebihan, sebaliknya tanggungjawab sebagai ibu bapa ditunaikan sebaik mungkin.
Bercerita lanjut, dia turut mendedahkan pernah melarikan anaknya jauh daripada lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai seorang narsistik.
- Wanita dakwa bekas suami sering minta anak ucap rindu dan sayang.
- Perbualan sampai tahap 18SX, alasan mahu jadi ‘kawan’.
- Pernah larikan anak dari bapa yang didakwa narsistik.
- Anak tetap cari nombor ayah, tak sedar perbualan tu salah.
- Netizen anggap ada unsur ‘grooming’, minta hubungan diputus segera.
Namun malangnya, apabila mencapai usia dewasa, anak gadisnya tetap mencari nombor telefon bapanya.
“Saya dah bawa lari dia jauh dari bapa yang narsistik… tapi dah besar pandai-pandai dia cari nombor telefon bapanya dari telefon saya.
“Semoga Allah melindungi kami," tulisnya sambil menyatakan anaknya mempunyai masalah pembelajaran.
Lebih membimbangkan apabila anaknya juga tidak rasa bersalah tentang kandungan perbualan dengan bapa dan menganggapnya seperti perkongsian cerita atau rahsia dengan kawan-kawan.
Netizen memintanya membuat laporan polis.
Dakwanya lagi, lelaki terbabit juga membuat perancangan untuk memutuskan hubungannya dengan suami bagi membolehkan mereka membina keluarga bersama.
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-ratanya menyokong tindakannya memutuskan hubungan komunikasi antara anaknya dan bekas suami.
Ada juga yang menzahirkan keprihatinan terhadap isu batas hubungan antara bapa dan anak, khususnya dalam konteks komunikasi yang sihat dan beretika.
“Kalau setakat sayang dan rindu okay lagi, tapi sampai 18SX ni tak normal. Rakan sebaya apanya, baik upload call recorder pada telefon anak.
“Cegah sebelum parah, anak sendiri kot bukan jauh nak cari.
“Bermula dengan cerita, sudahnya ke katil… ‘grooming’ tu, ada vibes nak ‘makan’ anak sendiri,” netizen turut meluahkan kebimbangan.