DEMI wang dan kekayaan seseorang yang berada dalam keadaan terdesaksanggup melakukan apa sahaja walaupun sedar tindakan itu salah dan bersifat sementara.
Hal yang sama dilalui seorang wanita apabila mendakwa bekas suaminya sanggup berlaku curang demi mengejar cinta janda bekerja dalam sektor kerajaan.
Menerusi perkongsian di laman sosial, wanita itu mendakwa bekas suaminya sanggup menjalin hubungan sulit dengan individu yang tujuh tahun lebih tua daripadanya semata-mata ingin ‘menumpang’ pencen.
Bekas suami pengadu dikatakan mempunyai hutang yang banyak. -Gambar hiasan
“Bekas suami saya nak sangat kahwin dengan orang bekerja di sektor kerajaan sebab nak pencen. sebab tu dia skandal dengan janda yang tujuh tahun lagi tua daripadasaya.
“Janda tu pula bangga bekas suami saya pilih dia. Dia tak tahu bekas suami saya tukena bayar lebih RM2,500 sebulan untuk hutang pinjaman peribadi dan kad kredit,” dedah wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Setuju nikah janda, rupanya ‘pakej’ ibu tunggal anak 2! Lelaki bawa diri ke luar negara, sakit ditipu hidup-hidup
ARTIKEL BERKAITAN:31 tahun kahwin, pesara kerajaan terpaksa layan batin suami walau hilang rasa cinta! Tak mahu jumpa semula di akhirat
Katanya lagi itu belum termasuk hutang pembiayaan pendidikan bekas suami yang gagal menyiapkanpengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Dalam nada sindiran, dia turut memberi ‘restu’ kepada wanita yang kini bersama bekas suaminya itu.
“Saya sudah tengok carta pembayaran balik pinjaman. Seram kak! Umur masuk 50an je dah kena bayar RM1,900 sebulan. Mana nak cari (duit)… sebab tu sibuk nak janda kerja kerajaan.
Dia tak tahu bekas suami saya tukena bayar lebih RM2,500 sebulan untuk hutang pinjaman peribadi dan kad kredit.
PENGADU
“Kutipla ‘barang’ buangan saya tu kak. Jangan menyesal ya. Saya sudah nasihatkan. Wanita tu mana nak percaya. Dia rasa saya nak putuskan hubungan dia.
“Macam saya pula yang kacau hubungan dia. Jadi dia bangga dapat bekas suami saya. Kita bagi galakanje la,” jelasnya lagi.
Hantaran yang dibuat itu ternyata mendapat perhatian ramai.
Komen netizen pada hantaran asal.
Rata-rata netizen menyokong wanita berkenaandan menyifatkan lebih baik kehilangan lelaki seperti itu daripada terus menanggung derita.
Ada juga netizen yang berkongsi kisah hampir sama berlaku dalam rumah tangga merekasebelum ini.
“Saya dulu… bekas suami bukan main nak tunjuk yang teman wanita dia tu orang gomen (kerja kerajaan) walaupun umur dekat 10 tahun jauh lebih tua.
“Akhirnya teman wanita dia datang jumpa kita tanya pasal dia. Tapi akhir sekali tak jadi kahwin dengan dia, girlfriend dia kahwin dengan kawan baik bekas suami,” komen wanita itu.