RSS Suria

Bekas tunang melenting, tak mengaku hutang 10K… Siap baca doa Al-Jabbar konon diri dianiaya

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila bekas tunangnya yang berhutang sebanyak RM10,000 menuduhnya mereka-reka cerita tentang hutang tersebut.

Menurut wanita berkenaan, bekas tunang hanya sempat membayar RM600 dengan alasan isterinya tidak membenarkan mereka berdua berkomunikasi.

Namun tegasnya, dia hanya menghubungi lelaki itu semata-mata untuk menuntut semula wang yang telah dipinjam melalui pinjaman yang dibuat menggunakan namanya dahulu.

Pemiutang akan tertekan apabila setiap masa perlu mengingatkan penghutang menjelaskan pinjaman. -Gambar hiasanPemiutang akan tertekan apabila setiap masa perlu mengingatkan penghutang menjelaskan pinjaman. -Gambar hiasan

“Dia cakap saya sahaja ada-adakan hutang tu, tapi lepas bagi senarai baru dia ingat dan setuju nak bayar.

“Sebab tu dia bayar RM600 tu. Sekali tu je dia bayar, lepas tu dia ‘hilang’,” kongsi wanita itu di media sosial.

Beberapa tahun kemudian, lelaki itu menghubunginya melalui mesej di Facebook, menyampaikan berita tentang kematian kakak iparnya sambil meminta agar sebarang hutang arwah dihalalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ibu kutu’ jerat diri, hidup dihantui hutang! Seiap bulan kena sedia RM8,000 bayar ‘loan’, gaji bersih cuma RM2,400

ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun bayar, hutang belajar belum langsai! Jururawat nekad kerja di Singapura, setiap hari bangun pukul 3 pagi

“Aku cakap kat dia yang, aku tak ingat kalau kakak ipar dia ada hutang aku. Kalau ada pun, aku dah halalkan.

“Tapi aku cakap kat dia bab hutang dia, aku tak pernah halalkan.

“Dia tiba-tiba melenting, kata aku sengaja mereka cerita, sedangkan dia sendiri pernah bayar RM600 sebelum ni,” katanya.

  • Bekas tunang minta halalkan hutang RM10,000 selepas lama menghilang.

  • Hanya bayar RM600, selebihnya tidak dilunaskan hingga kini.

  • Wanita tegas tuntut hutang, bukan berniat untuk hubungan semula.

  • Lelaki melenting dan beri alasan, malah mengugut dengan bacaan surah.

  • Ramai netizen senasib, berkongsi pengalaman ditipu bekas pasangan.

Lelaki terbabit kemudian mengugutnya untuk membaca surah Al-Jabbar, kerana merasakan dirinya telah dianiaya.

"Bacalah Al-Jabbar tu, moga bacaan dia terbalik kepada dia sendiri. Dia yang aniaya aku.

“Aku tak pernah lupa macam mana aku struggle nak bayar hutang yang dia buat guna nama aku dulu.

“Orang yang berhutang ni memang memori ada masalah ke? Kejap ingat, kejap lupa,” luah wanita itu.

Reaksi netizenReaksi netizen

Bagi netizen ada sebahagian daripada mereka berdepan situasi sama dan cukup memahami peritnya situasi apabila perlu menagih hutang.

“Bekas tunang saya pun macam ni, tolong dia masa nyawa-nyawa ikan. Sudahnya tak bayar, sampai saya saman dia kat mahkamah.

“Sama la bekas tunang pun macam ni, hutang tak banyak RM1,300 je tapi bayar RM300. Kahwin boleh pula.

“Orang yang berhutang ni memang automatik otak dia jadi bahalol.

“Banyak sangat bagi pinjam kan dah menyesal. Patutnya bagi pinjam sikit je. Kalau tak bayar boleh halalkan,” katanya.

Dalam pada itu, doa Al-Jabbar adalah salah satu amalan memberikan perlindungan dari segala bentuk kezaliman.

Scroll to Top