HATI wanita mana yang tak terluka apabila permintaan sederhananya dianggap membebankan oleh bakal suami, tapi lelaki itu sanggup berbelanja besar demi kehendak sendiri.
Itulah luahan seorang wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang digambarkan sangatgigih mengejar impian sehingga berjaya memiliki tiga buah motosikal.
Namun apabila bercakap soal masa depan dan perkahwinan, lelaki itu menganggap permintaan hantaran bernilai RM10,000 sebagai mahal dan membebankan.
Usaha seorang wanita untuk menaikkan harga hantaran tidak berjaya. -Gambar hiasan
“Saya pernah bercinta dengan lelaki yang betul-betul kerja keras untuk kejar impian dia. Ada tiga motosikal. Kata ada (simpanan) RM100,000 dan target nak kekalkan jumlah tu dalam akaun.
“Nak pakai Mercedes, bagus la macam tu ada hala tuju. Bila cakap fasal perkahwinan, saya cakap saya nak RM10,000 hantaran. Dia kata mahal, okay jadi saya cakap RM5,000.
“Tapi saya nak set gelang, rantai dan cincin dan bagi dia masih mahal juga. Masih ‘negotiate‘ (tawar menawar). Tapi itu ‘limit’ saya,” jelasnya dalam hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Rezeki tak kedekut pinjamkan power bank, pasangan tunang tengah kumpul duit nak kahwin dapat wang tunai daripada Pinn Yang
ARTIKEL BERKAITAN:Tunang pun belum, gadis berkeras nak bayar deposit dewan kahwin… Bengang BF tak dengar cakap, jadi punca asyik gaduh
Menurut wanita ini lagi, pemuda tersebut telah membeli sebuah motosikal Yamaha NVX dan kereta Mercedes terpakai ketika mereka sedang sibuk berbincang mengenai perkahwinan dan masa depan.
Lebih mengecewakan, lelaki itu sanggup meminjam wang daripadanyasemata-mata untuk ‘upgrade’ ekzos kereta dan didakwa masih belum dibayar semula hingga ke hari ini.
Lelaki tak berduit tak apa, jangan kedekut.
NETIZEN
“Tak pernah pun saya hentikan dia daripada beli semua tu sebab tu impian dia kan tapi perkara tu buat saya berfikir. Oh… nilai saya lebih rendah daripada kereta dan superbike.
“(Sedangkan) Saya orang yang suatu hari nanti akan kahwin, insya-Allah akan jaga makan dan pakaian serta jadi tempat bermanja dia. Rasa macam kecewa juga la.
“Kesimpulannya, saya tinggalkan dia juga,” ujarnya yang turut menjelaskan lelaki tersebut tidak mempunyai kerja tetap sepanjang perkenalan mereka.
Komen netizen di media sosial.
Hantaran tersebut mengundang pelbagai komen netizen yang bersimpati dengan nasib malang wanita ini.
“Lelaki tak berduit tak apa, jangan kedekut. Yang kedekut tu menjadikan terseksa. Tak berduit tapi tak kedekut, mereka akan usaha cukupkan apa yang tidak.
“Usaha bagi kemewahan pada isteri. Lelaki kedekut? Dia kikis pula nanti, duit dia? Dia simpan rapat-rapat,” antara komen netizen.