RSS Suria

Belum kahwin dah makan hati! Bakal suami mahu guna cincin tunang masa nikah, enggan beli baru sebab nak jimat

SEORANG wanita yang bakal berkahwin padaMei ini meluahkan rasakecewa apabila tunangnya enggan membeli cincin nikah dengan alasan mahuberjimat.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, wanita itu berkatabakal suaminya itumencadangkan agar cincin tunang digunakan semasa acara akad nikah nanti.

Walaupun terkilan dengan cadangan tersebut, wanita berkenaan cuba mencadangkan agar cincin nikah dibeli menggunakan duit hantaran yang diterima.

Seorang wanita kecewa dengan cadangan bakal suaminya.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan cadangan bakal suaminya. -Gambar hiasan

“Katanya acara batal air sembahyang nanti pakai cincin tunang je. Jadi saya pun bagi cadangan beli cincin nikah, saya guna duit hantaran saya.

“Tapi saya berdolak dalih lagi cakap pada dia (setuju) untuk berjimat sahaja, tak perlu beli sebab saya sebenarnya terasa dengan tunang saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Penat tonyoh baju guna tangan, isteri jual cincin nikah beli mesin basuh! Suami ganti lebih mahal selepas bisnes crepe ‘kencang’

ARTIKEL BERKAITAN:Suami paksa isteri telan cincin kahwin, pukul sampai mati depan anak-anak

Wanita itu mengakui walaupun faham rasionalbakal suami bertindak sedemikian,tetapi jauh di sudut hatidia tetap menginginkan sebentuk cincin nikah.

Bagi dirinya, cincin nikah adalah simbolik kepada akad nikah dan mencerminkan keikhlasan dalam perhubungan mereka.

Dalam masa sama, hatinya juga terdetikmenyatakan bahawa tunangnya mungkin tidak ikhlas dalam perhubungan kerana tidak berusaha menyediakan cincin nikah.

Minta la awak untuk nikah. Jangan la berkira sangat.

NETIZEN

“Saya nak cincin nikah. Saya tak nak guna semula cincin sebab cincin nikah tu kan simbolik pada akad nikah.

“Saya terasa dengan dia sebab saya rasa dia tak ikhlas dan mungkin terpaksa untuk belikan cincin akad nikah saya,” katanya.

Selepas berkongsi luahan perasaan, ramai netizen memberikan nasihat dan cadangan sebagaimana diharapkan.

Komen netizen di media sosial.

“Cik boleh bertolak ansur tapi jelaskan segala nafkah dia kena tanggung, ikut kapasiti kemampuan.

“Tengok kewangan bakal suami awak. Kalau rasa dia mampu tu je, boleh la awak bertolak ansur.

“Minta la awak untuk nikah. Jangan la berkira sangat. Lepas nikah tak ada maknanya dia nak beli cincin beranak anak sulung, kedua dan ketiga,”demikian antara komen netizen.

Scroll to Top