RSS Suria

Belum lupa insiden tong gas meletup, Syura alami ketakutan ketika memasak

PENYANYI Syura Badron berdepan ketakutan untuk memasak selepas suaminya cedera akibat insiden tong gas meletup ketika menginap di sebuah inap desa di Perlis.

Syura atau Zuraidah Badron, 38, berkata fikirannya tidak tenang ketika ingin memasak sesuatu hidangan sejak insiden tersebut.

“Orang tanya tak fobia ke nak masak? Tipulah kalau tak fobia.

syura 6

Syura akui ketakutan selepas insiden tong gas meletup.

“Rasa takut setiap kali nak mula masak… macam-macam dalam kepala ini,” katanya.

Syura berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya memaparkan dia sedang memasak bubur anaknya.

Kata Syura lagi, dia terpaksa melawan rasa takut memandangkan anak bongsunya, Muhammad Umar Eussof tidak mahu menjamah makanan yang dibeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembalut wajah sudah dibuka, luka melecur suami Syura Badron semakin pulih – “Akhirnya dapat tengok muka dia lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam tak ambil tindakan insiden tong gas meletup, Syura ikut kehendak suami – “Tidak adil tuding jari kepada pemilik semata-mata”

“Tapi nak buat macam manakan, tetap kena masak sebab Umar sejenis tidak akan makan makanan luar.

“Kita berserah semoga Allah lindung,” luahnya.

Pada 25 November lalu, Suami Syura iaitu Muhammad Farizat cedera kerana melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka.

Bagaimanapun Farizat semakin beransur pulih malah pembalut pada bahagian wajahnya juga sudah dibuka selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top