RSS Suria

Ben Ladin hilang sabar! Dedah penipuan ibu bapa sendiri, setiap hari dikejar pemiutang

LAMA cuba menjaga aib keluarga, penyanyi Ben Ladin akhirnya ‘meletup’ apabila mendedahkan kegiatan penipuan oleh kedua ibu bapanya sendiri.

Dakwa Ben atau Muhammad Benladin, 24, kedua-dua orang tuanya itu telah memperdaya ramai pihak demi mendapatkan duit termasuk menggunakan namanya.

“Berapa lama lagi saya bertahan? Mula0mula fikir diam saja tapi sampai ke telinga sendiri diaibkan oleh orang yang kita jaga aibnya itu.

“Mana pergi duit Ben sendiri? Mana pergi duit datuk? Mana pergi duit masa projek raya yang guna nama Ben? Mana juga duit mangsa-mangsa lain?

Ben mendedahkan bukti di Instastory miliknya.

“Mangsa dia bukan seorang dua tetapi sangat ramai termasuk orang asing. Salah satunya adalah ibu bapa mereka sendiri,” katanya.

Ben menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada malam Jumaat.

Malah dia juga memuat naik gambar bapanya iaitu Munshi Shaihan yang pernah tular didakwa menipu ramai individu sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Ben Ladin bakal timang anak sulung, isteri sedang hamil aktif kerja tak tahu duduk diam

ARTIKEL BERKAITAN:Foto perkahwinan tular, peminat terkejut Ben Ladin sudah bergelar suami – “Dulu layan dia dekat program Idola Kecil”

Tidak mudah membuka pekung keluarga sendiri, Ben bagaimanapun sudah tidak dapat bertahan apabila dia menjadi sasaran pemiutang.

Malah setiap hari dia akan mendapat pelbagai panggilan telefon memintanya membayar ganti rugi akibat perbuatan ibu bapanya.

“Jujur saya sangat penat dengan semua ini. Jangan kata setiap bulan, hampir setiap hari dapat cerita baru nak duit.

“Tolonglah papa mama, serah diri kepada mangsa. Ganti duit-duit mangsa. Jangan play victim,” ujarnya.

Ben turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Dalam salah satu hantaran berbeza penyanyi ini juga memberitahu dia telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Tambah penyanyi ini dia tidak mampu untuk membayar tuntutan mangsa-mangsa terlibat kerana melibatkan jumlah yang besar.

“Saya minta maaf kerana tiada cara lain saya boleh bantu. Jumlah wang yang dikumpul semua mangsa sangat besar.

“Walau mereka ibu bapa saya, salah tetap salah. Seperti mana saya sudah beri keterangan dekat balai polis,” luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top