DEMI menjaga hati isteri baharu, seorang lelaki tergamak menghina anak-anak sendiri hasil perkahwinan terdahulu menggunakan bahasa kesat.
Lebih menyakitkan hati apabila lelaki berkenaan juga didakwa liat untuk menjalankan tanggungjawabnya memberikan nafkah kepada anak-anak.
Hal ini diceritakan seorang pengguna Thread yang berasa sedih dan kecewa dengan nasib dialami rakan baiknya selepas diceraikan suami.
Bukannya mudah menjadi ibu tunggal untuk membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AI
“Tahu la dah kahwin baru, tapi jangan sampai cakap (label) anak dengan bekas isteri tu anak haram. Kau sangat biadab wahai jantan tak guna.
“Aku kesian kawan aku ni. Bukannya dia hamak nak bekas suami dia, cuma dia perjuangkan nafkah anak-anak.
“Tapi malangnya si bini baharu ‘meroyan’ macam orang nak laki dia,” kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak mahu salam suami, merajuk dipanggil ‘babi’ gara-gara tak kejut bangun tidur – "Mana boleh pegang, haram"
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dilahirkan tak sah taraf, suami maki ‘anak haram’ setiap kali gaduh! Keluarga mentua sama naik mencaci
Tambah wanita berkenaan, bekas suami kepada rakannya itu juga didakwa hanya memberi nafkah RM50 sebulan bagi setiap anak, ia jumlah yang disifatkan langsung tidak mencukupi untuk membeli keperluan asas.
“Ingat ni zaman nenek kau ke nak bagi RM50? Nak bayar bas sekolah pun tak lepas,” katanya.
Ujar pengadu lagi, dia juga sedih mengenang nasib anak-anak yang tidak bersalah selepas menjadi mangsa pertelingkahan orang dewasa.
- Bapa hina anak kandung, panggil ‘anak haram’ demi jaga hati isteri baharu.
- Bekas isteri terpaksa tuntut nafkah di mahkamah.
- Nafkah diberi cuma RM50 sebulan untuk seorang anak.
- Anak-anak jadi mangsa pergaduhan orang dewasa.
- Netizen kecam bapa, doakan kejayaan anak-anak.
“Kalau takut sangat dengan isteri baru, janganlah sampai sanggup hina anak daripada darah daging sendiri.
“Aku sedih apabila dengar seorang bapa cakap anak sendiri anak haram,” katanya.
Dalam pada itu dia turut mendoakan agar anak-anak tersebut membesar menjadi insan berjaya dan mampu berdikari tanpa bergantung pada bapa yang tidak bertanggungjawab.
“Aku doakan semoga 3A’s berjaya dunia akhirat. Jadi kaya raya.
Mahkamah tempat terbaik dalam menyelesaikan masalah pasangan yang gagal mencapai kata sepakat berkaitan anak-anak.-Gambar hiasan AI
“Nanti apabila bapa tak guna kau ni datang minta duit, minta jaga, korang campakkan je dekat rumah orang-orang tua,”katanya.
Sementara itu netizen mencadangkan agar lelaki berkenaan membuang sahaja namanya jika berterusan menganggap kanak-kanak terbabit anak haram.
“Kalau anak haram, pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan buang nama awak.
“Tak guna punya bapa,” kata warga maya.