RSS Suria

Bengang duit simpanan perkahwinan hangus, pakwe pandai-pandai melabur! Dah la menganggur, ada hati janji nak ganti

MENYIMPAN wang untuk berkahwin merupakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh setiap individu berhasrat untuk berumah tangga.

Memandangkan bajet melangsungkan majlis perkahwinan masa kini adalah tinggi, ramai terpaksa menabung awal dan dalam tempoh lama.

Begitu juga dengan pasangan ini yang merancang untuk berkahwin pada tahun depan tetapi telah mula mengumpul wang untuk belanja perkahwinan bersama-sama.

Namun, usaha pasangan ini nampaknya sia-sia apabila wang yang dikumpul dalam diam digunakan oleh bakal pengantin lelaki untuk melabur.

Majlis perkahwinan memerlukan belanja tinggi dikeluarkan. -Gambar hiasan

Seperti yang dikongsikan oleh pasangannya di laman X, wanita itu berkata duit tersebut ‘lesap’ selepas kekasihnya mendakwa terjebak dan menjadi mangsa kepada scammer pelaburan..

“Kekasih saya beritahu duit kahwin yang kami kumpul sama-sama tu burn (hangus) sebab dia kena scam main pelaburan.

“Banyak ya… Tahun depan kami merancang untuk berkahwin. Saya tak tahu nak cakap apa dah,” dia meluahkan masalah yang dihadapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batal majlis, bakal suami kena tangkap basah seminggu sebelum nikah! Bengang BFF sanggup rahsia kecurangan

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin kucar-kacir katerer tak muncul, lesap RM13k! Sekeluarga nekad cari kerusi meja, masak sendiri cuma 1 lauk

Bagaimanapun menurut pengadu, kekasihnya berjanji untuk menebus kesilapannya dengan menggantikan semula wang telah mereka kumpul.

Walaupun begitu, wanita tersebut berkata dia sukar untuk mempercayai kata-kata bakal suaminya itu.

Lebih parah lagi apabila lelaki itu kini mengambil tindakan berhenti kerja, membuatkan pengadu lebih berasa ragu-ragu untuk meneruskan perkahwinan.

Jangan la kahwin orang macam ni sis. Nampak sudah perangai nak kikis duit kau tu.

NETIZEN

“Dia sudah minta maaf dan akan ganti balik. Boleh ke saya percaya dia lepas ni?

“Kemudian, sekarang dia sudah berhenti kerja,” katanya lagi.

Susulan kepada luahan pengadu itu, rata-rata netizen memberikan cadangan supaya dia segera mengambil langkah ‘menyelamatkan diri’.

“Suruh dia ganti semula setakat awak punya (duit kahwin). Minta putuskan hubungan. Belum kahwin sudah buat hal. Nanti lagi teruk.

Komen netizen pada hantaran asal.

“Lagi haru bila dia sudah berhenti kerja. Nak datang duit daripada mana pula. Istilah duit segera ni sepatutnya tak ada dalam hidup kita. Yang ada cuma duit hasil usaha bekerja.

“Jangan la kahwin orang macam ni sis. Nampak sudah perangai nak kikis duit kau tu. Kalau kahwin esok, kau tanggung biawak hidup saja la,” antara komen dan cadangan netizen.

Untuk makluman, terdapat cara menyimpan menerusi agensi atau syarikat pelaburan selamat seperti Amanah Saham Berhad (ASB) dan Tabung Haji.

Selain itu, anda juga boleh menyimpan duit tersebut dalam simpanan tetap (fixed deposit).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top