BEKAS penyampai radio Kieran terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian testikal bagi membuang lebihan cecair.
Kata Kieran atau Maskiran Jsakiran, 49, doktor mula mengesan masalah tersebut selepas dia selesai menjalani kemoterapi kitaran ketiga akibat penyakit kanser prostat yang dialami.
“Dua minggu lepas saya selesai kemoterapi kitaran ketiga dan apabila pulang ke rumah tiba-tiba ada rasa bengkak di bahagian testis.
Kieran perlu menjalani pembedahan pada bahagian testikal.
“Saya terus ke hospital dan doktor dapati ada lebihan cecair di bahagian testis kiri. Jadi perlu lakukan pembedahan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selesa.
Kieran sebelum itu berkongsi perkara tersebut di Instagram berserta gambar dia sedang terbaring di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pembedahan tersebut dijangka bakal dijalankan pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga penguat semangat Kieran lawan kanser prostat, pasang niat tunai umrah atau haji
ARTIKEL BERKAITAN: Kieran ‘speechless’, terharu Elly Mazlein nak taja umrah… “Semoga rezekinya lebih luas”
Malah, doktor menasihatinya agar melakukan prosedur itu sebelum dia meneruskan rawatan kemoterapi.
“Doktor putuskan saya perlu jalani pembedahan kerana ia lebih selamat untuk kemoterapi.
“Selepas pembedahan nanti saya perlu berehat sebelum doktor maklumkan rawatan susulan kanser,” ujarnya.
Dalam masa sama Kieran juga memohon orang ramai mendoakan agar urusanya dipermudahkan dan selamat menjalani pembedahan itu.
Sel kanser Kieran sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.
Sebelum ini, Kieran dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.
Difahamkan kanser tersebut sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Kieran memberitahu dia kuat melawan penyakit kanser dan positif menerima sebarang kemungkinan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!