AGAK lama menyepikan diri sejak melahirkan cahaya mata setahun lalu, pelakon Puteri Aishah kembali mencuri perhatian apabila ramai kagum dengan penampilannya yang persis anak dara.
Rendah diri dengan tanggapan masyarakat, Puteri Aishah, 31, berkata, dia juga tidak terkecuali mengalami perubahan fizikal selepas melahirkan cahaya mata.
Perubahan itu juga katanya adalah bersifat sementara dan yakin setiap wanita mampu mengembalikan bentuk tubuh mereka jika dijaga dengan baik.
Ramai peminat bertanyakan tentang tip menjaga badan selepas melahirkan anak.
“Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru.
“Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi, nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay?
“Sekarang ini kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus. Hehe! Anak-anak dan suami pun akan suka peluk, best apa?,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik tarikh lahir anak pertama… Puteri Aishah selamat bersalin bayi lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada alahan sepanjang hamil, Puteri Aishah cuma malas keluar rumah dan teringin kek tapak kuda
Puteri Aishah berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan diajukan pengikut media sosial di ruangan Instastory miliknya.
Menerusi perkongsian itu, ramai bertanya kepada Puteri Aishah bagaimana dia mampu mengekalkan bentuk tubuh menawan selepas melahirkan anak pertama.
Kongsi Puteri Aishah, bentuk tubuh dimilikinya bukan ukuran terbaik pernah dimilikinya sebelum ini.
Tambah pula, aktres berkenaan kini masih lagi menyusu badan kepada anak lelakinya iaitu Muhammad Faliq.
“Sejujurnya, ini bukan bentuk badan saya yang terbaik. Saya sedang menyusukan anak, tak jaga sangat diet tetapi saya makan secara sederhana.
Puteri Aishah melahirkan anak pertama pada April tahun lalu.
“Saya makan untuk susu banyak, bila susu banyak Faliq (anak) pun kenyang dan gembira. Bila dia gembira, mommy pun gembira juga,” ujarnya.
Untuk rekod, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!