RAMAI ibu bapa memilih untuk membawa anak-anak ke kolam renang terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti persekolahan.
Ketika melakukan aktiviti ini, penting untuk ibu bapa memantau setiap gerak-geri anak bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Di Thread, tular kisah seorang ibu yang terpaksa menjaga dan memantau tiga anaknya mandi-manda di kolam renang hotel tanpa pertolongan suami.
Ibu bapa perlu memantau anak-anak ketika mereka mandi kolam. -Gambar hiasan AI
“Baru ni bawa anak mandi kolam renang, ada seorang ibu jaga tiga anak dia mandi. Maaf cakap, ayahnya healing seorang, tidur tepi kolam.
“Dah habis mandi pun ibu sendirian uruskan, buka jaket keselamatan anak-anak,” tulis seorang wanita yang menyaksikan kejadian itu.
Menurut saksi, dia juga terkejut apabila melihat anak kepada wanita itu cuba terjun ke dalam kolam ketika ibunya leka menguruskan si abang.
- Ramai ibu bapa bawa anak mandi kolam waktu cuti.
- Seorang wanita dilihat jaga tiga anak tanpa bantuan suami.
- Anak kecil hampir terjun tanpa jaket keselamatan.
- Suami tidur, langsung tak tolong isteri.
- Netizen kecam suami tak bertanggungjawab.
“Waktu ibu fokus dekat abangnya (anak lelaki), si anak perempuan paling kecil, umur setahun ke dua tahun macam tu nak lompat semula tanpa life jacket.
“Saya dah terjegil mata, dah start angkat punggung terjerit sikit. Nasib ibu dia perasan dan sempat sambut.
“Saya kalau suami tak ada, tak berani bawa anak mandi pool walaupun ada life jacket,” tulis wanita itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah rehat di rumah, anak kecil di kolam renang banyak kali nyaris lemas
ARTIKEL BERKAITAN: Umur 8 bulan dah belajar renang! Kanak-kanak ini ceria dalam air, sering ‘belanja’ senyuman manis
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa berang terhadap suami wanita itu yang tergamak membiarkan isteri menguruskan anak sendirian.
“Mujurlah sis alert. Saya paling tak suka mak ayah macam ni. Nak bawa anak mandi, dua-dua kena jaga dan mainkan peranan masing-masing. Tak kan semua nak suruh bini?
Penggunaan jaket keselamatan atau pelampung sangat penting untuk kanak-kanak. -Gambar hiasan AI
“Kesiannya bini dia. Kalau saya, tak payah mandi. Naik bilik terus. Tak faham jenis macam ni.
“Setiap kali vacation, memang ada (nampak) ibu bapa yang main lepas anak dekat kolam,” tulis beberapa netizen.