SERVIS dan perkhidmatan yang memuaskan sememangnya menjadi penentu kepada pendapatan bulanan sesebuah perniagaan seperti salon rambut.
Pelanggan yang berpuas hati cenderung untuk kembali untuk mendapatkan servis sama pada masa akan datang sebagaimana yang dilakukan wanita ini.
Bagaimanapun, dia mula berasa tawar hati apabila mengetahui gambar dan video rambutnya dimuat naik ke media sosial tanpa kebenaran.
Lebih menambah rasa geram apabila salon berkenaan bertemakan muslimah yang sewajarnya memahami konsep aurat wanita Muslim.
Perkhidmatan dandanan dan cucian rambut popular dalam kalangan wanita dan lelaki. -Gambar hiasan AI
“Pergi buat rambut di salon Muslimah, dah siap semuanya, pekerja dia minta izin untuk ambil gambar dan video rambut bagi tujuan komisen.
“Aku pun okey je, kemudian dia tanya boleh atau tidak nak post video rambut aku kat TikTok dengan muka ditutup.
“Terus aku tak benarkan dan dia pun cakap okey,” ujarnya berkongsi situasi dialami menerusi hantaran di media sosial.
Keesokan harinya dia mengakui berasa tidak sedap hati apabila mengimbas permintaan pekerja berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jahil agama kawal nafsu liar dengan berpurdah, hantar zuriat lelaki sekolah pondok – "Sekarang anak-anak jadi guru saya"
ARTIKEL BERKAITAN: "Sebab tu jodoh saya belum sampai" – Gadis tak khusyuk solat di masjid, terganggu ada anak kecil main di ruang Muslimah
Susulan itu dia terus menyemak akaun TikTok salon terbabit dan alangkah terkejutnya apabila mendapati gambar dan video rambutnya dimuat naik untuk tatapan umum.
“Berdebar jantung aku selepas tengok video tu, aku cakap dekat suami dan dia pun terkejut sebab salon tu post aurat orang kepada umum.
“Aku terus ke salon dan minta jumpa dengan pekerja yang buatkan rambut aku supaya dia padam balik video.
“Dia cakap dah pesan supaya tak upload video aku, tapi tak sangka ada yang buat juga,” tambahnya yang sedih dengan sikap tidak peka pekerja berkenaan.
Kalau betul nak jaga aurat, jangan benarkan sesiapa pun rekod kita semasa aurat terdedah.
WARGA MAYA
Pada masa sama wanita itu meluahkan rasa kecewa kerana insiden yang berlaku membuatkan dia bimbang untuk terus menggunakan servis di salon berkenaan.
“Aku jadi tak seronok nak dapatkan servis walaupun sekadar potong rambut atau cuci, rasa macam kepercayaan kita dirobek-robek.
“Memang tertutup dan lelaki tak boleh masuk, tapi kenapa minta izin daripada pelanggan bertudung untuk upload gambar atau video rambut mereka ke media sosial, aurat kan?
“Servis mereka memang terbaik tapi aku tak faham,” luahnya lagi.
Warga maya turut meluahkan kebimbangan tentang isu berkenaan.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ramai yang berharap supaya dia berkongsikan maklumat terperinci berkaitan salon berkenaan bagi mengelakkan pelanggan Muslimah lain terkena.
“Tolong viralkan sebab mereka turunkan lepas dah kantoi, bayangkan Muslimah lain yang tak tahu aurat mereka didedahkan.
“Pernah kena juga, katanya nak ambil untuk pelanggan lain rujuk warna yang kita buat tapi rupanya dia post ke TikTok.
“Jadikan kisah ini pengajaran untuk kita semua, kalau betul nak jaga aurat, jangan benarkan sesiapa pun rekod kita semasa aurat terdedah,” demikian reaksi warga maya.