RSS Suria

‘Berdengung’ satu kedai wanita tempik budak kecil merengek, mak ayah malu tak tahu mana nak sorok muka

BUNYI bising kanak-kanak menangis di restoran mungkin kedengaran biasa, tapi beberapapelanggan tidak menyangka akan mendengar satu suara jeritan yang sangat kuat.

“Eh diamlah!”

Jeritan wanita itu sekali gus membuatkan ramai pelanggan di kedai makan itu terkejut dengan tindakannya yang di luar kawalan.

Menerusi satu perkongsian, seorang pelanggan mendakwa kekecohan bermula apabila seorang kanak-kanak berusia lingkungan setahun menangis teresak-esak tanpa diketahui puncanya.

Bayi perlu diberikan lebih perhatian terutama ketika berada di tempat awam. -Gambar hiasan

“Ada budak menangis merengek-rengek kat kedai makan. Rengek-rengek budak biasalah, bukan menjerit terlolong.

“Kemudian ada seorang perempuan ni jerit kuat-kuat. Berdengung satu kedai dengar suara dia tegur macam tu. Dia cakap kat budak tu suruh diam, kuat tau,” katanya tanpa mendedahkan lokasi restoran berkenaan.

Menurutnya, semua pelanggan yang berada di premis itu turut terkejut dan masing-masing mengalihkan tumpuan kepada kanak-kanak berkenaan bersama ibu bapanya.

“Lepas tu semua pandang speechless. Mak ayah budak tu dah malu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri bengang budak meraung dalam feri! Anggap mak ayahnya tak pandai ajar anak, terlalu berlembut sampai dipijak kepala

ARTIKEL BERKAITAN: Nak lelap dalam feri pun susah, budak-budak terpekik sambil berlari… Penumpang geram mak ayah buat ‘bodoh’, ini bukan taman tema!

Bukan sekadar menjerit sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain, wanita tersebutturut menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadapkanak-kanak yang menangis itu.

“Itu bukan kedai makan mewah yang macam kat hotel, suasana sepi tu kau nak suruh diam. Lepas tu dia jeling-jeling dengan muka tak puas hati dia.

Dia pula yang macam budak tantrum kat tempat awam.

NETIZEN

“Dalam hati aku eh perempuan ni meroyan ke apa. Lepas tu terus aku sound ‘Eh nak diam-diam pergi perpustakaan la‘.

“Lepas tu dia buat jeling, buat eyeroll. Nak je aku jolok mata tu dalam-dalam, geramnya,” jelasnya.

Zuriat merupakan anugerah bagi pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

Tambahnya, wanita berkenaan datang ke restoran tersebut bersama rakan-rakannya yang dilihat turut tidak selesa dengan perbuatannya yang dianggap biadab.

“Tak lama tu dia dengan geng dia terus gerak. Kawan-kawan dia dah malu tunduk-tunduk. Dia dengan sombongnya berjalan mendada dengan muka taik (berlagak).

“Kau tak ada anak lagi, boleh la cakap macam tu. Nanti kau dah ada baby, baby kau menangis depan orang, tekup mulut baby kau suruh diam, boleh tak,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan wanita itu yang menjerit semata-mata tidak tahan dengan teriakan seorang kanak-kanak.

“Kita ni diuji dengan kata-kata. Aku takut je masa akan datang dia dapat anak lagi teruk daripada itu.

“Dia pula yang macam budak tantrum kat tempat awam.

“Mudah-mudahan esok dia ada anak, anak dia akan menangis je setiap kali dia makan luar,” komen netizen.

Scroll to Top