RSS Suria

Berderau darah penonton, pengarah ‘Dia Imamku’ jawab di sebalik adegan campak bayi

PENGARAH Feroz kader tampil memberi penjelasan berhubungan satu babak dalam drama Dia Imamku yang didakwa keterlaluan terhadap seorang bayi kecil.

Menjawab kekeliruan yang berlaku, Feroz menjelaskan ia hanyalah terknik kamera dan tidak membahayakan watak bayi dalam drama tersebut.

“Ia hanya camera trick. Saya nak jelaskan jurukamera dan pasukan produksi sangat dekat dengan bayi itu. Ketika dibaling team produksi telah sambut dengan baik.

Feroz jelaskan sesi prosespenggambaran yang dilakukan.

“Tiada apa-apa berlaku. Kami sentiasa memastikan keselamatan bayi berkenaan,” katanya.

Feroz menjelaskan hal berkenaan yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.

Dalam masa sama dia juga memberitahu ibu kepada bayi berkenaan ada di lokasi penggambaran dan melihat sendiri apa telah berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:Caprice pertahan ‘Bidaah’, tabik produksi berani papar realiti sebenar dalam masyarakat

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana ludah muka Faizal Hussein, takut tapi terpaksa buat!

“Dia ada di sebelah dan perhatikan ketika penggambaran. Dia faham babak itu sangat selamat untuk dijalankan,” jelasnya.

Sebelum ini tular video dari drama berkenaan di mana babak Razak lakonan Farhan Asri didakwa ‘mencampak’ seorang kanak-kanak ketika menjalani penggambaran.

Penerbit drama berkenaan iaitu Siti Rosmizah pula meminta isu berkenaan tidak menjadi bahan sensasi sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan penonton.

Rosmizah harap tiada isu tentang drama terbitannya.

“Adegan yang tak sepatutnya disensasikan tanpa tahu cerita sebenar.

“Ini akan jadi fitnah dan jejas reputasi pihak produksi dan pengarah,” jelasnya.

Dia Imamku merupakan drama teribiatn SROne Production yang mana menampilkan pelakon utama iaitu Siti Saleha dan Kamal Adli.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top