RSS Suria

Berhabis ribuan ringgit tapi biar mak ayah uzur tunai umrah tanpa teman… sudahnya ‘tertinggal’ di hotel – “Tak bolehlah nak harapkan mutawif”

UMRAH seharusnya menjadi pengalaman rohani yang menenangkan, terutama buat warga emas yang sudah lama menyimpan impian ke Tanah Suci.

Namun, satu perkongsian tular baru-baru ini mengundang simpati ramai apabila sepasang warga emas yang uzur dikatakan ketinggalan menyertai jemaah lain menunaikan umrah kerana berdepan masalah kesihatan.

Dalam perkongsian daripada individu yang dipercayai turut berada di sana itu, dia turut menegur sikap anak-anak yang membiarkan ibu bapa ke Tanah Suci tanpa menemani mereka.

Peluang mengerjakan haji dan umrah adalah satu nikmat dan rahmat daripada Allah SWT. -Gambar hiasan

“Jangan hantar mak bapa yang kurang sihat pergi umrah kalau hang (kamu) sebagai anak tak pergi sekali.

“Kesian tau tengok pakcik yang kurang sihat tu, dia kena tinggal di hotel semasa pergi miqat, jadi tak boleh buat umrah sebab tak ada siapa yang guide dia.

Phone tak ada, jadi tak tahu aktiviti apa. Pergi pula dengan wife yang berkerusi roda. Lanyard pun hilang, jadi tak boleh pergi mana-mana kawasan di Makkah tanpa lanyard tu tau,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan hambar lepas 15 tahun, wanita pergi umrah doa diisi kekosongan hati… Berlaku keajaiban setelah pulang!

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi umrah mengadu kerja ‘gomen’ bosan, tak mencabar! Pemuda kini hilang nikmat masa lapang, sangat sibuk di tempat baharu

Tambah individu berkenaan, pasangan warga emas itu menginap di bilik berasingan dengan rakan sebilik masing-masing juga difahamkan ada membantu namun tidak sepenuhnya dapat berbuat demikian.

Malah ujarnya dalam situasi ini, mutawif juga ada kalanya mempunyai kekangan sehingga terlepas pandang kerana perlu mengendalikan ramai Jemaah lain.

  • Seorang individu berkongsi kisah warga emas uzur yang ketinggalan semasa rombongan ke miqat kerana tiada pengiring untuk membantu.

  • Mereka tidak mengetahui jadual aktiviti kerana ketiadaan telefon malah si isteri pula berkerusi roda.

  • Individu itu menegur sikap anak-anak yang tidak menemani ibu bapa lebih-lebih lagi yang berkeperluan khas.

  • Ujarnya anak-anak juga tidak boleh mengharapkan mutawif serta jemaah lain.

  • Ramai netizen bersetuju bahawa anak-anak harus bertanggungjawab sepenuhnya, bukan hanya ‘lepas tangan’ selepas membayar pakej umrah.

“Rugilah bayar duit beribu tapi mak bapa kita tak buat umrah mengikut apa yang dijadualkan. Kesian sangat.

“Bayaran pergi umrah bukannya murah. Kita tak bolehlah nak harapkan mutawif dan orang lain yang jaga mak bapa kita masa buat umrah.

“Saya memang mudah tersentuh jika pasal orang tua,” tulisnya lagi.

Luahan itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa anak-anak perlu lebih bertanggungjawab, terutama apabila ibu bapa mereka sudah uzur atau tidak berdaya mengurus diri.

Sebahagian daripada komen netizen.

“Kalau berkerusi roda, tak ada pengiring, baik tak payah pergi. Memang susah. Banyak aktiviti yang tak boleh buat.

“Tak faham level anak-anak fikir sampai boleh buat tindakan macam ni. Usahkan umrah, haji pun ramai yang tua-tua pergi seorang diri. Habis tu siapa nak jaga?

“Kesiannya. Anak-anak pakat share duit hantar mak ayah pergi umrah, ingat dah abis baik rupanya dok tambah dosa sebab menyusahkan orang lain,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top