RSS Suria

Beri hanya bila diminta, nafkah tak cukup tanggung anak… Linda Hashim dakwa Beego kirim duit hanya untuk bukti mahkamah

SIKAP sambil lewa pelakon Beego membayar nafkah anak membuatkan aktres Linda Hashim hilang sabar sehingga terpaksa berkongsi di media sosial.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, berkata suaminya itu hanya akan memberikan nafkah sekiranya diminta namun jumlah diterima tidak mencukupi untuk menanggung tiga orang cahaya mata mereka.

Kongsi Linda, dia terpaksa menggunakan wang sendiri bagi perbelanjaan lain termasuk urusan persekolahan anak-anak.

“Beego ni jenis kalau kita minta nafkah baru dia bagi, itu pun dengan jumlah wang yang tidak mencukupi. Bukan saya tidak bersyukur tetapi duit belanja sekolah anak semuanya saya tanggung sendiri.

Linda (paling kanan) mendakwa suaminya mengabaikan nafkah terhadap anak-anak.

Linda (paling kanan) mendakwa suaminya mengabaikan nafkah terhadap anak-anak.

“Kalau nak dapatkan duit, apa-apa program sekolah yang perlukan wang, surat cikgu bagi itulah yang kami hantar kepadanya dan baru dia beri wang.

“Perbelanjaan lain macam barang dapur dan sebagainya memang tak ada,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Linda memberitahu Beego tidak konsisten dalam menunaikan tanggungjwab dan adakalanya aktor berkenaan langsung tidak mengirim wang.

Soal Linda, suaminya itu kini sudah bekerja dan mempunyai pendapatan ribuan ringgit namun mengapa masih culas dalam menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim bawa anak-anak keluar makan, dakwa suami culas nafkah… "Mana bapanya?"

ARTIKEL BERKAITAN: Beego sertai tabligh, Linda Hashim harap bukan ‘wayang’… Ingatkan tentang nafkah anak-anak

Dakwa pelakon drama La Dolce Amira ini, Beego kadang-kala mengirimkan wang secara berulang dengan jumlah sedikit dipercayai hanya mahu mendapatkan bukti pembayaran untuk dilampirkan ke mahkamah.

“Duit nafkah itu pun dia bagi sikit-sikit, dia akan transfer amaun berbeza hanya dan saya tahu dia buat begitu hanya mahukan bukti pembayaran untuk di bawa ke mahkamah nanti.

“Tapi itu bukanlah nafkah kerana ia hanya kos bayaran untuk bil telefon anak dan kalau ada program melibatkan urusan persekolahan.

“Itu pun kalau ada surat pekeliling dari sekolah, kalau tak ada memang dia tak bagi (wang),” jelasnya.

Bukan saya tidak bersyukur tetapi duit belanja sekolah anak semuanya saya tanggung sendiri.

LINDA HASHIM

PELAKON

Berkongsi lanjut, Linda turut mempersoalkan dia juga tidak menerima nafkah daripada Beego walhal masih sah bergelar isteri kepada aktor berkenaan.

Soal Linda, dia tidak faham mengapa suaminya itu tidak mahu melepaskannya tetapi enggan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Termasuk nafkah saya, kes penceraian saya dan dia kan belum selesai jadi saya masih isteri dia. Dia tak mahu lepaskan tetapi nafkah untuk saya sama sekali tidak ada.

“Tak nak lepaskan (cerai) tetapi tak mahu beri nafkah. Apa yang dia bagi (wang) adalah untuk anak-anak, itu pun tak cukup.

“Sekarang ini belum lagi sah bercerai tetapi dia sendiri membuatkan dirinya seolah-olah sudah bercerai. Dekat mahkamah tak nak pula lepaskan saya,” katanya.

Untuk rekod, Linda mendirikan rumah tangga dengan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, pada JUn 2013.

Linda mahu Beego (kanan) melepaskannya untuk berpisah.

Linda mahu Beego (kanan) melepaskannya untuk berpisah.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini pernah bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top