RSS Suria

Beria nak pergi Makkah, rupanya bakal jemaah haji lari bayar hutang kawan! Hari-hari ‘update’ persiapan di Facebook

MUSIM haji 2025 semakin hampir dengan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dijadualkan pada 29 April.

Maka tentunya pada ketika inijemaah yang terpilih sibuk membuat persiapan sebelum keberangkatan mereka untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Namun, seorang wanita mendakwa seorang kenalannya yang bakal mengerjakan haji masih mempunyai hutang yang belum dilangsaikan.

Memohon doa bagi memperoleh keberkatan daripadaNya. -Gambar hiasan

“Ada orang hutang, lama dah saya bagi peluang untuk bayar RM100 sebulan pun culas. Kali terakhir dia bayar pada Jun tahun lepas.

“Tahu-tahu dia nak pergi haji dah akhir bulan ni. Tahu pun sebab hari-hari dia tunjuk persediaan untuk pergi haji tu, dekat Facebook,” dedahnya di laman sosial.

Menyedari hal itu, dia cuba menghubungi rakan berkenaan bagi mendapatkan kepastian.

“Apabila hantar WhatsApp tanya, dia boleh balas beritahu isteri dia yang sponsor (taja) pergi haji ni. Hmm jammed(buntu) kejap kepala ni,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hutang tak habis bayar tapi dapat panggilan haji… Mana yang patut diberi keutamaan?

ARTIKEL BERKAITAN:Individu iklan diri, minta tajaan buat umrah atau haji… Sasar orang kaya, dah banyak kali ke Makkah

Tanpa menjelaskan jumlah dan tujuan wang dipinjamkan, wanita itu kemudian tampil menjelaskan baki hutang yang masih tertunggak.

“Ramai juga yang menyirap baca (posting) ni, tapi kalau tahu macam mana boleh jadi hutang tu mesti lagi ramai yang bengang.

“Baki hutang ada lebih RM7,000. Boleh bayar dua bulan sewa kedai saya,” tambahnya.

Saya akan kejar paymentapabila teringat je tu pun belum tentu dapat.

PENGADU

Enggan mendesak, wanita itu hanya bertanyakan tentang baki hutang yang perlu dilangsaikan rakannya itu setiap kali dia teringat mengenai perkara tersebut.

“Saya akan kejar paymentapabila teringat je tu pun belum tentu dapat. Kalau tak kejar lagi latak dapat,” katanya.

Bercerita lanjut, pengadu berkata rakannya itu sempat meninggalkan pesanan sebelum dia bakal berangkat ke Tanah Suci pada akhir bulan ini.

“Dia cakap sebelum pergi (Tanah Suci) ni, moga ada keajaiban nak bayar hutang. Katanya keajaiban tu minggu depan.

“Mungkin dapat duit sumbangan kot. Jadi, saya tunggulah,” katanya yang turut akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Seorang wanita berharap hajatnya dimakbulkan. -Gambar hiasan

Sementara itu, terdapat lima syarat wajibbagi seseorang melaksanakan ibadat haji iaitu Islam, baligh, berakal, merdeka (jiwa dan raga kita daripada pengabdian diri kepada manusia atau harta benda tetapi hanya mengabdikan diri kepada Allah) dan berkemampuan.

Menurut penceramah bebas Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan, sekiranya seseorang itu mempunyai hutang yang bertangguh dan tidak perlu dilangsaikan dengan segera, maka dia diharuskan untuk menunaikan haji atau umrah.

Ia berdasarkan kaedah menyebut: “Menggabungkan perlaksanaan dua maslahah itu lebih utama daripada membatalkan salah satu daripada keduanya.”

“Kesimpulannya, seseorang yang mempunyai hutangdengan pelbagai pihak hendaklah mempunyai sejumlah harta yang memadai untuk nafkah tanggungan di rumah, keperluan diri ketika di perantauan dan juga untuk membayar hutang sedia ada bagi melayakkan dia mengerjakan haji atau umrah di Makkah,” katanya.

Scroll to Top