RSS Suria

Berita masuk wad dipandang sepi, seorang pun tak respons di grup WhatsApp! Wanita rasa diri tak penting, rakan tak ikhlas berkawan

EMOSI seseorang cenderung terganggu apabila dirinya berada dalam kesulitan mahupun diuji dengan kesakitan.

Malah perasaan yang dialami itu menyebabkannya dirinya lebih sensitif sehingga ada yang mengalami kemurungan apabila tidak mendapat sokongan daripada orang sekeliling.

Di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila perkongsian tentang dirinya yang baru dimasukkan ke wad tidak mendapat maklum balas daripada rakan pejabat.

Lambakan kerja membuatkan segelintir individu tidak berkesempatan melayari media sosial di telefon. -Gambar hiasan

Beban kerja membuatkan ada individu tidak berkesempatan melayari media sosial. -Gambar hiasan

“Rasa sebak apabila masuk wad dan maklumkan dalam grup pejabat, tapi tak ada seorang pun yang respons,” luahnya sayu.

Situasi yang dialami itu membuatkan dia beranggapan bahawa kewujudan dirinya di pejabat tidak dihargai.

Malah dia juga merasakan rakan sepejabat sebenarnya tidak ikhlas apabila berkawan dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya fikir orang bertudung ni baik-baik” – Gadis ‘free hair’ dipulau rakan sebilik… duit tabung, makanan dikebas

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tadika dah ‘pandai’ memilih kawan! Ibu sayu anak berkulit coklat dipulau rakan, tak gembira di sekolah

“Betul-betul tak penting aku dekat sini. Ya Allah, sabarkanlah aku, kau hadirkanlah orang yang baik-baik dan ikhlas dengan aku,” tambahnya lagi.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Selain bersimpati, ramai yang menitipkan kata-kata nasihat dan sokongan terhadapnya.

Saya kongsikan dalam grup keluarga tapi tak ada seorang pun yang respon, jadi saya terus putuskan hubungan dengan mereka.

WARGA MAYA

“Allah sedihnya dengar… kadang-kadang tu bukan kita mengharap simpati orang, tapi sekurang-kurangnya nak juga kata-kata semangatkan. Tak minta orang datang ziarah pun, cukup ucapan je.

“Tu namanya toksik. Rasa macam beban pada mereka apabila kita sakit sebab mereka kena cover kerja kita. MC (cuti sakit) pun salah.

“Tak perlu fikir terlalu jauh… saya kalau sakit, hanya maklumkan pada bahagian sumber manusia dan bos je, itu lebih penting. Janji kerja tak ada masalah dan gaji pun tak terjejas,” demikian antara reaksi warga maya.

Warga maya memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Warga maya memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang berkongsi nasib seperti wanita ini dan lebih menyedihkan apabila ada yang dipulau keluarga sendiri.

“Saya faham apa yang awak rasa dan saya tengah alami. Keluarga dan kawan-kawan, dua-dua diamkan diri, jadi lebih baik fokus pada kesihatan diri dan semoga dipermudahkan segala urusan awak.

“Saya faham perasaan sis… saya pun penah mengalami perkara yang sama, pilih bulu namanya. Dulu saya kena lagi teruk, kalau anak buah yang dia sayang, geng-geng dia akan beri ucapan dan siap ziarah lagi.

“Saya kongsikan dalam grup keluarga tapi tak ada seorang pun yang respon, jadi saya terus putuskan hubungan dengan mereka.

“Pernah rasainya. Masa tu sempat mesej dalam grup cakap dah masuk wad kena bersalin segera… tak ada siapa pun balas dan pada masa sama ada seorang ni hantar link video TikTok,” beberapa netizen berkongsi pengalaman sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top