MASYARAKAT Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di kampung yang penuh dengan semangat kejiranan.
Malah, sudah menjadi situasi biasa bagi penduduk kampung untuk berkongsi buah-buahan atau sayur-sayuran yang ditanam sendiri dengan jiran tetangga.
Namun, seorang pemuda di aplikasi Thread meluahkan rasa kesal apabila ada penduduk kampung mengambil kesempatan atas niat baik ibu bapanya.
Ramai orang kampung menanam pokok buah di perkarangan rumah mereka. -Gambar hiasan AI
“Nak dengar cerita B40 tak? Ada seorang manusia ni, turun dari Proton Saga, minta izin dengan ayah aku nak ambil buah mempelam depan rumah, nak makan colek.
“By the way, pokok ni memang berada di luar pagar rumah. Dan mak ayah aku memang niat nak bersedekah dengan jiran atau orang ramai yang lalu lalang.
“Sekali, member tu terus ambil seguni lebih buah mempelam. Masa kejadian, ayah aku mandi dekat dalam rumah. Dia sedar apabila keluar kejap, sebab nampak lama sangat ambil buah,” ceritanya.
Mak ayah aku memang niat nak bersedekah dengan jiran atau orang ramai yang lalu lalang.
ANAK PEMILIK POKOK MANGGA
Kisah dikongsikan pemuda itu meraih perhatian ramai sehingga ada pelayar Thread turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui keluarga mereka.
Menurut seorang wanita, arwah ibunya juga pernah dianiaya oleh peniaga yang datang mengambil buah mangga di rumahnya.
“Pernah terjadi dekat arwah mak masa saya kecil. Depan rumah, memang ada banyak pokok mempelam… arwah mak tanam. Memang untuk satu lorong (kejiranan) tu makan. Kalau nak, ambil je.
ARTIKEL BERKAITAN: Padah curi limau kasturi, ingkar pesanan tuan kebun… Badan panas macam disambar api
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘gigit jari’ hampir 40kg Harumanis dicuri di kebun, terpaksa pulangkan duit pelanggan tempah awal
“Sekali tu, ada seorang pakcik ni dia kata dia berniaga, kebetulan tiada stok mempelam. Jadi dia nak beli sikit, mak kata ambillah. Sekali dia ‘libas’ hampir penuh guni.
“Lepas tu dia bagi RM5 je dekat mak, dia cakap sedekah. Dia siap kata buah tak banyak pun, ranting je banyak. Terus mak aku sound dia,” imbas wanita itu pula.
Selain topik mengenai buah, beberapa netizen turut menegur kenyataan pemuda itu yang ‘memetik’ nama golongan B40 dalam hantaran tular berkenaan.
Penduduk kampung biasanya suka bersedekah kerana mereka mengusahakan tanaman sendiri. -Gambar hiasan AI
“Maaf nak komen, tak baik cakap B40. Apabila awak letak B40, ia mengundang orang mengata, macam semua B40 pelahap.
“Mana encik tahu orang tu dalam kalangan B40? Kenapa selalu kalau yang buruk-buruk, dikaitkan dengan B40? Hina sangat ke B40?
“Itu bukan B40. Itu memang peraih buah sebenarnya. Kena tipu la awak,” tulis netizen lagi.