RSS Suria

Berlebihan minat Teme Abdullah, bau badan pun jadi topik bualan! Wanita tegur peminat, minta jaga maruah Muslimah sejati

SESI meet and greet penulis buku terkenal Teme Abdullah di ibu negara pada Sabtu lalu masih lagi diperkatakan sehingga ke hari ini.

Malah video-video sekitar acara itu yang dikongsi peminatnya terus meraih perhatian ramai dan tular di media sosial.

Namun, segelintir individu turut menyuarakan rasa kurang senang apabila ada dalam kalangan kaum Hawa dilihat berlebihan dalam mengagumi penulis yang hingga kini kekal misteri tanpa mendedahkan wajah sebenarnya.

teme 2

Antara komen-komen yang disifatkan kurang sopan dan menjatuhkan martabat kaum Hawa.

Perkara itu turut disuarakan seorang wanita dikenali sebagai Ummi Humaira menerusi aplikasi TikTok pada Rabu.

“Buat peminat Teme. Saya sampaikan sikit je. Maaf kalau ada salah daripada pihak saya. Saya memang minat dengan karya Teme dan ikuti dia sejak 2017.

“Tapi nak cakap pasal minat, kita memang minat sekadar berpada-pada. Minat dengan penulisan, perjalanan dia.

Bau dia pun awak nak tahu ke? Berpada-padalah minat tu… jangan jatuhkan maruah sebagai wanita solehah sejati.

UMMI HUMAIRA

“Nak minat sebab rupa? Mestilah tak. Sebab kita pun tak tahu rupa dia macam mana. Dan saya tahu semua orang pun macam tu,” tulisnya memulakan bicara.

Dalam hantaran sama, dia meminta para peminat tidak menulis komen bukan-bukan kerana ia boleh menjatuhkan maruah seorang wanita, apatah lagi bagi yang beragama Islam.

“Janganlah kita terlalu minat sampai komen benda yang cringe. Bukan apa, kalau betul minat sebab penulisan dia, tak adalah kita sampai nak komen benda pelik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai gadis rasa bahagia, tidur lena dapat tengok mata Teme Abdullah… Penulis novel berwajah misteri ini gugup jumpa peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa pembaris, tanpa pensel pelukis hasilkan potret Agong, Tunku Azizah – Pemilik nama pena Teme Abdullah mahu kekal rahsia identiti diri

“Contohnya, bau (Teme) wangi tak? Ini paling cringe. Bau dia pun awak nak tahu ke? Berpada-padalah minat tu. Jangan jatuhkan maruah kita sebagai wanita solehah sejati.

“Saya pun rakam dan kongsi, tujuan untuk peminat yang tak dapat pergi meet and greet dan tak rasa perkongsian tu sebab minat gila-gila atau sebab rupa,” tulisnya lagi.

Dia turut menggesa agar para peminat menjaga privasi penulis itu.

“Kalau dia terasa dengan komen dan perangai pelik korang (anda), macam mana nanti (jika) dia dah tak nak buat meet and greet? Jangan kecam, saya cuma sampaikan apa yang patut.

“Saya pun mungkin ada silap juga. Yang buruk kita tinggalkan. Ambil yang baik saja,” ujarnya.

teme 3

Ramai peminat tak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Teme dalam acara itu.

Hantaran wanita itu turut mendapat reaksi positif netizen yang mana rata-ratanya bersetuju dengan apa yang disampaikannya.

“Akhirnya ada juga yang cakap. Jagalah maruah sebagai seorang perempuan. Jumpa banyak komen tanya Teme bau wangi tak?

“Setuju. Kadang risau tengok yang komen melampau batas ni.

“Mungkin sebab ini Teme tak dedahkan muka,” ujar beberapa netizen.

Untuk rekod, Teme bertemu peminatnya dalam sesi meet and greet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) yang diadakan pada Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top