RSS Suria

‘Bersemut’ pasangan ini rai anniversary perkahwinan, hadiah beli di kedai serbaneka… Pemberian suami buat isteri sedar sesuatu

TIDAK tayang kebahagiaan secara berlebihan antara yang patut dilakukan pasangan suami isteri, bimbang berlaku perkara tak diingini.

Pasangan ini menjadi perhatian ramai selepas berkongsi cara mereka meraikan ulang tahun pertama perkahwinan secara sederhana.

Dalam hantaran video dikongsikan si suami, Yeop Azrul, dapat dilihat momen dia dan isteri bertukar-tukar hadiah dibeli di sebuah kedai serbaneka yang menjual barangan pada harga murah.

Hadiah diberikan mengikut warna.

“Cabaran ulang tahun pertama perkahwinan tukar hadiah ikut warna,” tulisnya pada video.

Berdasarkan paparan video, pasangan ini dilihat memberikan hadiah mengikut warna barang yang ditetapkan iaitu merah jambu, hijau, biru, ungu, hitam, kuning dan merah.

Apa yang membuatkan ramai kagum, mereka tidak berbelanja mewah memandangkan setiap barangan yang ditukar dibeli pada harga RM2.40 bagi setiap unit.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terciduk’ selepas janji hadiah birthday untuk isteri, gimik ‘RM1 untuk 1 like’ makan diri! Suami kena bayar lebih RM14,000

ARTIKEL BERKAITAN: Kagum tengok pasangan ini sambut anniversary, hadiah tak lebih RM100 mampu hangatkan hubungan yang mungkin kian hambar

Melihat hadiah yang diterima isteri, Azrul memberikan ubat nyamuk, sabun pencuci pakaian, pelembut pakaian, pencuci tangan, pewangi bilik, pencuci pinggan, pencuci tandas dan pencuci lantai.

Bagaimanapun, ramai terhibur apabila isterinya dengan manja mempertikaikan pemberian tersebut memandangkan pemilihan suaminya berbeza dengan hadiah yang dipilih.

“Ini betul-betul nak suruh buat kerja rumah. Kita punyalah bagi perfume, sabun mandi, pengetip kuku la semua ni.

“Dia bagi barang rumah je. Tapi tak apa la, Alhamdulillah,” ujar isteri Azrul yang nampak bahagia dan bersyukur.

Nak sangat wanita yang macam ni. Tak memilih dan tak berlagak kerana kerjaya dan paras rupa.

NETIZEN

Menerusi video berkenaan juga, kelihatan pasangan ini bergelak ketawa dan tersenyum menunjukkan kebahagiaan mereka.

Video berdurasi 3 minit 54 saat itu diakhiri dengan pasangan ini berpelukan sebagai tanda menghargai hubungan suami isteri yang telah terjalin selama satu tahun.

Rata-rata netizen meluahkan rasa senang selepas melihat pasangan ini serta mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan buat mereka.

Komen netizen pada video.

“Nak sangat wanita yang macam ni. Tak memilih dan tak berlagak kerana kerjaya dan paras rupa. Doakan saya ya.

“Jimat duit sikit beli barang dapur. Tak aci. Isteri semua beli yang love-love sampai takut kena gigit nyamuk. Apa-apa pun janji gembira.

“Syoknya tengok walaupun sederhana tetapi bahagia kan. Bila tukar hadiah, dapat dekat isteri besar-besar. Mudah untuk kegunaan harian. Bijak pilih hadiah,” antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top