RSS Suria

Bersih kontroversi, Rita Nadira syukur tak putus tawaran lakonan

LIMA tahun bergelar pelakon, nama Rita Nadira seolah-olah bersih daripada kontroversi yang kurang menyenangkan.

Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd Ritamurni, 27, berkata dia selesa dikenali melalui bakat dan bukan dengan cerita hangat yang dicipta.

“Tiada apa yang boleh dikontroversikan, saya tidaklah menjaga diri malah ada saja yang mengecam saya dia media sosial tapi mungkin saya malas melayan,” katanya kepada mStar.

Rita tak perlu kontroversi untuk terus berlakon.

Walaupun tanpa kontroversi, Rita berkata tawaran lakonan tidak pernah putus dan dia bersyukur dengan rezeki itu.

Malah jadual kerjanya juga tidak terlalu sibuk dan menjalani kehidupan yang seimbang.

“Alhamdulillahh, rezeki saya tak pernah putus. Saya pun tidaklah nak terus meletup sebab bagi saya asalkan ada kerja dan tawaran jadi tiada masalah.

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai sangka ada pertalian darah dengan Rita Rudaini… Rita Nadira ingat pesan ibu ayah jaga nama keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:Rita Nadira jawab hubungan dengan Chubb-E… “Mula rapat di Instagram sebab dia introvert”

“Ada rehat juga, tapi bagi saya sudah okay kerana kesimbangan itu ada,” luahnya.

Dalam pada itu, Rita berkata dia ada menerima nasihat daripada orang sekeliling agar mencipta kontroversi supaya namanya menjadi sebutan dalam kalangan netizen.

Namun dia menganggap tiada yang menarik mengenai dirinya yang boleh menjadi bahan kontroversi.

“Ada saja yang beri nasihat suruh buat gosip atau kontroversi tapi saya tertanya-tanya apa yang saya nak buat, jadi rasa tak payah dan tak nak buat.

Rita sentiasa percaya pada rezeki.

“Mungkin ada orang terkenal sebab kontroversi itu rezeki dia, tapi saya tak pernah kejar benda itu,” luahnya.

Dalam pada itu, Rita memberitahu setiap tawaran lakonan yang diterimanya tidaklah diambil secara terburu-buru.

Sebaliknya dia mengutamakan minat dan mendapatkan nasihat daripada pengurusnya.

“Dari dulu pengurus saya yang bantu saya memilih dan beri nasihat untuk setiap drama,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top