BELUM bersedia menerima sebarang anugerah, pelakon Sara Ali berkata pengiktirafan diberi itu perlu dipikul bersama tanggungjawab besar.
Menurut Sara atau Siti Sarah Hairi Ali, 35, sekiranya seorang pelakon memenangi mana-mana anugerah, mereka perlu bersedia untuk memberikan sumbangan dan manfaat kepada orang ramai.
“Bagi saya, untuk menang award, mereka ini terpilih bukan sahaja berdasarkan kejayaan atau bakat tetapi berkait dengan diri seseorang pelakon itu sendiri.
Sara berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam gala filem Bisikan Dosa.
“Contohlah kalau seseorang itu menang, apa yang boleh dia berikan kepada masyarakat? Itu adalah satu tanggungjawab yang sangat besar,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Sara memberitahu dia tidak pernah berasa kecewa atau terkilan kerana belum pernah memenangi sebarang anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan.
Kata pelakon filem Kami Histeria ini, masih banyak yang perlu diperbaiki termasuklah memikirkan sumbangan yang boleh diberikan kepada masyarakat sekiranya dia berjaya menerima anugerah berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali tak pilih skrip tapi cerewet siapa pengarah, enggan buang masa dengan karya tak berkualiti
ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali teruja dapat berlakon filem aksi, buat ‘research’ nak jadi wartawan
“Kalau saya tak menang apa-apa ‘award’ pun tak mengapa… sebab apa yang boleh saya berikan semula kepada masyarakat.
“Saya rasa mungkin sebab itu juga saya masih belum menang ‘award’ lagi. Tapi tak mengapa, saya okay.
“Sebab bila dah menang ‘award’, kena letakkan satu penanda aras yang tinggi. Apa berikutnya? Dan sejauh mana pula saya boleh pergi? Jadi mungkin biarlah saya tak menang ‘award’, kekal di bawah saja dan boleh cuba setakat apa yang saya mampu dulu,” ujarnya.
Kalau saya tak menang apa-apa ‘award’ pun tak mengapa
SARA ALI
PELAKON
Ditanya berkenaan impiannya untuk mengenggam trofi, Sara memberitahu dia teringin untuk memenangi anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM).
Menurut Sara, sebagai anak seni sudah pasti pengiktirafan di FFM menjadi idaman setiap pelakon.
“Kalau tanya saya untuk anugerah dalam negara, sudah tentu saya impikan FFM. Siapa tak nak kan?
Sara tampil menerusi filem seram Bisikan Dosa.
“Mungkin pelakon lain mengimpikan untuk memenangi anugerah di luar negara tetapi sekurang-kurangnya saya harap dapat menang satu anugerah di FFM,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Sara bakal muncul menerusi filem ‘Bisikan Dosa’ yang akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 9 Januari ini.
Selain Sara, filem arahan Faizul A. Rashid ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Che Puan Juliana Evans, Farid Kamil, Uqasha Senrose dan Sherie Merlis.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!