RSS Suria

Bibik abang nak cari ‘duit tepi’, tawar diri mengasuh anak… Wanita terkejut dah siap tetapkan kadar gaji

SEORANG wanita berada dalam dilema memikirkan tentang jumlah upah perlu dibayar kepadapembantu rumah abangnya.

Menurut wanita itu, dia sebenarnya sudah mempunyai pengasuh tetap yang dibayar upahRM700 sebulan untuk menjaga anaknya.

Namun situasi berubah apabila bibik si abangmenyatakan kesanggupan untuk menjaga anak wanita itu.

Jumlah gaji atau upah kepada bibik biasanya sudah ditetapkan majikan lebih awal. -Gambar hiasan

“Rumah abang saya adadua bibik dan abang ada tiga anak berumur enam, empat dan dua tahun. Anak-anak abang semua dah sekolah.

“Tiba-tiba bibik abang mesej saya, kata tak perlu hantar ke pengasuh, upah dia (bibik abang)saja jaga anak saya. Saya memang dah rancang nak bagi upah dekat bibik.

“Tapi tak sangka bibik siap minta jumlah sekian-sekian padahal saya dah rancang nak bagi berapa-berapa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Penat jadi bibik tak bergaji! Kakak selalu suruh adik menganggur jaga anak, tak boleh kata ‘tidak’… Nak pergi temuduga pun ‘dihalang’

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita penat jadi ‘kuli’, jaga 2 anak buah sampai malam… Adik upah RM500 sebulan, gaji bibik lebih tinggi

Situasi menjadi lebih rumit kerana di rumah abangnya terdapat dua orang bibik,membuatkan wanita ini terfikir tentangbayaran upah, sama ada perlu dibahagi dua atau dia perlu membayar berganda.

Katanya, dia bercadang untuk membayar sebanyak RM600 sahaja yang mana jumlah itu sedikit rendahberbanding bayaran kepada pengasuh asal.

“Mungkin upah yang saya bagi bibik rasa sikit sebab mereka nak kena bahagi dua. Tapi upah tu kan duit sampingan sebab abang saya dah bayar gaji bibik dia.

Arahan sepatutnya datang daripada majikan. Abang awaklah majikan bibik tu.

NETIZEN

“Kalau pengasuh, dia jaga anak saya seorang je. Lagipun anak saya aktif. Suasana rumah pula kampung, petang-petang boleh teroka.

“Kalau dengan bibik pula, kebanyakan waktu setiap kali tanya anak buat apa, bibik hantar gambar anak tidur je. Bukan sekali tapi kerap (tidur),” ujarnya.

Luahan wanita ini mendapat perhatian ramai yang berkongsi pandangan masing-masing tentang pentingnya komunikasi jelas dalam perkara seperti ini.

Komen netizen di media sosial.

Sebagai cadangan, wanita itu turut menerima pandangan bahawa lebih baik dia berurusan terus dengan abangnya berbanding pembantu rumah.

“Kalau saya, berbincang terus dengan abang. Bibik ni kadang-kadang lain macam demand dia. Arahan sepatutnya datang daripada majikan.

“Abang awak lah majikan bibik tu. Itu kan abang awak, cakap je terus terang. Mesti abang bantu adik,” komen salah seorang netizen memberikan nasihat.

Scroll to Top