GARA-GARA berat badan naik mendadak membuatkan pelakon Talitha Curtis tidak lagi mendapat tawaran berlakon.
Menurut Talitha, 22, dia tidak menerima tawaran sejak pandemik Covid-19 empat tahun lalu sehingga terpaksa berniaga risoles di tepi jalan.
“Sejujurnya memang tiada tawaran mungkin kerana berat badan saya,” katanya memetik Hot Detik.
Talitha kini sibuk berniaga di pinggir jalan.
Kata Talitha dia sememangnya mempunyai masalah mengawal pemakanan terutama ketika berdepan dengan masalah.
“Saya sememangnya suka makan terutama ketika ada masalah.
“Ketika pandemik saya mempunyai banyak masalah mungkin itu memberi kesan kepada kenaikan berat badan saya,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun jalin hubungan cinta, Selena Gomez dan Benny Blanco bertunang
ARTIKEL BERKAITAN: Tak memilih janji anak suka, bapa influencer Indonesia puji Aisar Khaled kacak dan baik
Talitha berkata, disebabkan mahu meneruskan hidup dia terpaksa membuang rasa malu dengan berniaga di pinggir jalan.
Malah sehingga sekarang dia masih menerima pelbagai kecaman daripada netizen kerana berat badannya itu.
“Buat masa sekarang saya tidak mahu pandang ke belakang lagi. Ia terlalu berat untuk saya.
Talitha ketika badannya masih langsing.
“Masih ramai yang buli saya kerana berat badan saya,” ujarnya.
Talitha sebelum ini terkenal dengan beberapa drama seperti Badai, Oh Mama Oh Papa, Dilema Cinta dan banyak lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!