MELIHAT ke dalam kehidupan insan yang kurang bernasib boleh memberikan pelbagai pengajaran dan menanam rasa syukur.
Antaranya daripada sudut institusi kekeluargaan, seseorang itu seharusnya sedar bahawa memiliki pasangan yang bertimbang rasa merupakan satu kurniaan tidak ternilai.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menceritakan momen yang membuatkan dia terkedu ketika singgah makan di sebuah restoran.
Perkahwinan yang tidak serasi boleh menghancurkan kehidupan wanita. -Gambar hiasan
Menurut wanita tersebut, sewaktu kejadian dia duduk di sebuah meja bersebelahan dengan keluarga yang mempunyai anak kecil.
“Tadi saya makan di luar. Kemudian dekat sebelah meja ada satu keluarga ni, nampak si isteri sibuk melayan anak yang masih kecil. Dia seorang saja yang tolong ribakan anak, suapkan makan, pujuk anak supaya tak menangis.
“Manakala suaminya bersenang-lenang teruskan makan, seperti tiada apa yang berlaku. Kemudian berlaku satu insiden ni, saya sebagai orang luar pun takut melihatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tengah sarapan, anak bongsu pula muntah selambak! Tindakan bapa dan 2 abang jadi perhatian pelanggan restoran
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor janda 2 anak cari calon suami, tak kisah bujang atau duda janji sekufu… Titip nasihat buat budak hingusan komen negatif
“Biasalah, budak kecil mesti kuat meragam, tapi mungkin si suami tu berasa rimas, tiba-tiba dia pergi maki… bodoh la, menyusahkan. Kita yang dekat tepi ni terkejut dengar seorang bapa boleh cakap begitu dekat anaknya sendiri.
“Adakah ini perkara biasa selepas berkahwin? Saya jadi risau nak membina rumah tangga kalau begini sikap lelaki zaman sekarang,” ujar wanita itu menyuarakan kebimbangan.
Jangan putus harapan dengan cinta sejati, masih wujud lelaki normal di dunia ni.
WARGA MAYA
Melewati ke ruangan komen, warga maya sependapat bahawa kaum Adam yang berkelakuan sedemikian rupa sememangnya mempunyai masalah jiwa.
“Kesian rasa kalau ada dekat tempat isteri tu, dapat suami baran, nak tegur tak boleh sebab risau kena tengking. Hanya boleh berdiam dan telan sendiri, kehidupan seperti ini seolah-olah dipenjara.
Pelayar bertukar pandangan.
“Itu pentingnya kita sebagai wanita kena cerewet memilih pasangan, kalau tak ambil berat pasal diri pun, tolonglah fikir tentang anak nanti. Anak tak boleh pilih siapa bapa mereka, hanya kita yang ada kuasa untuk tentukan.
“Geram betul dengan spesies lelaki seperti ini, hanya pandai ‘buat’ anak, tapi nak menjaganya gagal. Semua diserahkan kepada isteri, lepas tangan je.
“Jangan putus harapan dengan cinta sejati sis, masih wujud lelaki normal di dunia ni. Cuma kita kena banyakkan berdoa untuk ditemukan jodoh yang baik,” ujar warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube