RSS Suria

Borak seks dengan suami, kemudian kongsi di media sosial… Wanita dianggap IQ rendah, tindakan nampak bodoh

KITA seringdipaparkan dengan kes membabitkan pasangan suami isteri berlaku curang menerusi kisah-kisah yangdikongsidi media sosial.

Apabila ia tular, orang ramai mula bercakap tentang perkara inidan secara tidak langsung aib pasangan terbabit akan terbuka.

Seorang wanita berkongsi tentang pertanyaan seorang wanita lain yang bertanya kepadasuaminya mengenai sebab utama seseorang lelaki itu berlaku curang.

Kisah pasangan curang kerap dilaporkan akhir-akhir ini. -Gambar hiasanKisah pasangan curang kerap dilaporkan akhir-akhir ini. -Gambar hiasan

“Aku tanya suami kenapa lelaki curang, suami aku jawab kebanyakannya sebab seks tak dilayan,” kongsinya.

Bagi wanita itu, perbualanseperti itu atau apa saja berkaitan sekstidak wajardibincangkan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Dah lali ‘hobi’ suami curang, ramai skandal… Tunjuk foto dengan anak, nampaklah macam duda – “Ingatkan seorang je, rupanya tiga”

ARTIKEL BERKAITAN:Suami ‘kantoi’ curang selepas 29 jam akad nikah, influencer upah penyiasat persendirian cari bukti

“Perbualan laki bini macam ni kau simpan je latak payah beritahu atau tanya orang. Sebab nampak bodoh dan memalukan.

“Kau pula pakai gambar laki bini buat profile pic, dah satu hal aku pi tengok muka laki kau yang kahwin semata sebab seks,” katanya.

IQ tahap mana tu.

NETIZEN

Sementara itu, netizen baik dalam kalangan lelaki dan wanita berpandangan perkongsian berkenaan sangat memalukan.

“Saya tengok post tu terus saya block perempuan tu. Rasa macam hello, tak malu ke?

“Bayangkan suami cakap macam tu dan dia percaya dan buat post. IQ tahap mana tu.

Reaksi netizen

Reaksi netizen.

Bagi merekayang membincangkan tentang jawapan suami wanita berkenaan pula berpandangan, alasan hubungan kelamin tidak dilayan punca berlaku curang hanyalah alasan semata-mata.

Bagi mereka jika kepuasan seks dipenuhi si isteri sekali pun, jika si suami ingin curang ia tetap akan berlaku.

“Lelaki kalau nak curang macam-macam alasan. Poligami hak suami, talak juga di tangan suami.

“Jadi kenapa perlu pilih curang kalau boleh lepaskan dan kahwin dengan orang lain yang dia rasa boleh layan.

“Lelaki yang rasa dia tiada tanggungjawab dan semua urusan rumah dan anak isteri sorang uruskan memang akan ada masa lapang untuk curang,” katanya.

Scroll to Top