RSS Suria

Buang rasa takut, Amsyar Lee cabar diri sertai Sing! Asia… Nama jadi sebutan selepas nyanyi lagu ‘Cinta’

PERASAAN takut membuat persembahan di hadapan orang ramai tidak menghalang penyanyi Amsyar Lee mencabar diri untuk bertanding di pentas Sing! Asia.

Teruja mewakili Malaysia dalam pertandingan yang diadakan di China itu, Amsyar, 26, menganggap ini adalah peluang terbaik untuk dia menampa nama sebagai seorang penyanyi.

“Saya anggap ini merupakan permulaan yang baik buat kerjaya seni pada tahun ini walaupun terpaksa bersaing dengan peserta dari pelbagai negara lain.

Nama Amsyar jadi sebutan selepas berjaya bawa lagu Cinta.

“Saya ada stage fright dan anxiety, rasa takut yang datang bila berdiri atas pentas depan ramai orang. Tapi saya cuba lawan semua itu sebab saya tahu, setiap langkah ke depan adalah satu kemenangan kecil,” katanya.

Dalam masa sama dia juga berharap penyertaan ini dapat membuka peminat tempatan akan keunikan suaranya yang mampu membawa lagu dalam pelbagai genre.

Biarpun pernah menerima kecamanan sebelum ini, bagi Amsyar bakat yang dimiliki ada kelompok peminat tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:Belum masanya… Amsyar Lee tolak tawaran berlakon, fokus pelajaran lebih utama

ARTIKEL BERKAITAN:Amsyar Lee tutup buku SFMM36, tak patah semangat untuk jadi penyanyi sebenar… Seronok dah ada lagu sendiri

“Walaupun terima kecaman hebat dari segelintir rakyat Malaysia yang kurang selasa dengan cara saya membawakan lagu, namun saya percaya setiap suara ada tempatnya.

“Perjalanan saya masih jauh tapi selagi ada sokongan, doa dan keberanian untuk terus berdiri, saya akan terus melangkah,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman di sana, Amsyar akui ia bukanlah suatu yang mudah apabila dia perlu menyanyi dalam pelbagai bahasa selain saingan hebat dari peserta lain.

Mahu mencari makanan halal pun agak mencabar.

AMSYAR LEE

PENYANYI

Malah perbezaan budaya dan cuaca di sana juga menjadi satu cabaran baharu buat Amsyar.

“Tambah pula lagu-lagu yang saya bawa semuanya berat dan penuh emosi. Tapi sebenarnya, cabaran sebenar bukan berlawan dengan peserta lain. Cabaran sebenar saya adalah diri sendiri.

“Cuaca sejuk sepanjang di China buat tekak saya tak selesa dan sangat memberikan kesan kepada suara. Mahu mencari makanan halal pun agak mencabar,” ceritanya.

Meskipun rancangan ini baru sahaja ditayangkan, namun Amsyar sudah melakukan rakaman awal sejak Februari lalu di beberapa negara yang terlibat seperti China, Jepun, Hong Kong dan beberapa lokasi terlibat yang dirahsiakan.

Amsyar harap berjaya masuk ke peringkat akhir.

Sing! Asia merupakan salah satu pertandingan baharu yang siarkan di platform penstriman IQIYI, yang mengumpulkan penyanyi berpengalaman untuk merebut kejuaraan.

Selain Malaysia, Sing! Asia juga menampilkan puluhan peserta dari China, Jepun, Vietnam, Singapura dan Thailand dan beberapa negara lain.

Selepas episod pertama ditayangkan, nama Amsyar mula menjadi sebutan apabila ramai terpegun dengan vokalnya membawakan lagu Cinta (nyanyian Marsha Milan) dan Ku Bersuara (Ernie Zakrie).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top