RSS Suria

Budak 12 tahun lupa padam ‘history’, kantoi layan video dewasa! Ibu saudara bimbang teruk ditibai jika mak ayah tahu

PENDEDAHAN seorang wanita berhubung anak saudaranya yang terdedah kepada bahan pornografi seawal usia 12 tahun mengejutkan warga maya.

Dia bagaimanapun dirundung delima sama ada ingin memaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit atau sebaliknya.

“Anak buah aku umur 12 tahun kantoi layan porno dekat telefon.

Kebanyakan remaja gemar melayari video atas talian. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan remaja gemar melayari video atas talian. -Gambar hiasan AI

“Aku tak tahu nak bagitahu macam mana dekat mak ayah dia,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut pengadu, perkara utama yang paling dirisaukan adalah anak saudaranya berkemungkinan besar akan dipukul kerana perbuatan berkenaan.

Tambahan pula, kanak-kanak di awal usia remaja amat mudah memberontak dan sukar mendengar nasihat daripada individu yang lebih berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah sisi gelap suami, hampir sempurna tapi kaki porno! Ramai suruh ‘improve’ layanan, pakai seksi kalau itu pasangan suka

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan rasa ‘kotor’, ketagih video lucah sejak usia 8 tahun! Lepas nampak ibu bapa berasmara, terus cari ‘online’

“Kalau aku maklumkan nanti, mesti dia kena tibai teruk, sekarang ni dia dalam fasa tengah memberontak.

“Kalau dia kena pukul nanti, aku tak rasa masalah ni akan selesai pun,” tambahnya.

Mengakui buntu dengan situasi tersebut, pengadu mahu masalah yang dialami anak saudaranya ditangani dengan betul bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Baginya, corak hukuman yang keras hanya akan membuatkan anak saudaranya menjadi lebih kasar dan keras hati.

Porno ni macam dadah, boleh buat ketagihan teruk dan rosakkan otak, cegah walau macam mana sekali pun.

WARGA MAYA

“Kalau berkasar dia akan jadi hati keras, hati kering. Jadi apa yang patut aku buat sebenarnya?

“Telefon dia dah dirampas tapi bukan sebab perkara ni, cuma maknya marah kerana terlalu leka dengan telefon.

Dia pun masih tak sedar yang aku tahu dia layan porno, kantoi pun sebab aku tengok sejarah carian dia,” ujarnya seolah-olah mengharapkan pandangan daripada warga maya.

Perkongsiannya itu membuatkan warga maya tampil dengan pandangan masing-masing yang dilihat cuba membantu kanak-kanak berkenaan.

Warga maya memberikan nasihat dan cadangan untuknya lakukan.

Warga maya memberikan nasihat dan cadangan untuknya lakukan.

“Biar dia kena bantai sekarang dengan mak ayah dia, takut apabila besar nanti rogol anak orang pula, kena bantai sampai lunyai dengan orang.

“Porno ni macam dadah, boleh buat ketagihan teruk dan rosakkan otak, cegah walau macam mana sekali pun. Menjerit pada dia ke atau buat reaksi cemas.

“Sebagai ibu saudara, awak cakap baik-baik dengan dia dan psiko sikit… cakap yang perkara tu hanya untuk orang sudah kahwin.

“Suruh mak ayah dia download aplikasi kawalan ibu bapa,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top