KEBANYAKAN kita beranggapan masalah kesihatan mental biasanya dialami oleh golongan remaja atau individu dewasa sahaja.
Namun tanpa kita sedari, kanak-kanak juga berisiko menghidap masalah sama dan perlu diberi rawatan sewajarnya.
Di TikTok, seorang doktor dari sebuah klinik turut berkongsi kisah kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki berdepan masalah depresi.
Dr Aiman membuat perkongsian itu menerusi TikTok.
Imbas Dr Aiman Latif, kanak-kanak itu dibawa untuk menerima rawatan selepas dia terjatuh dari tempat tinggi.
“Pernah dapat satu kes pesakit umur empat tahun. Datang klinik sebab jatuh dari tingkat satu.
“Mujur tiada kecederaan serius. Tapi tetap kena rujuk ke hospital sebab kes berisiko tinggi.
Ada kemungkinan kanak-kanak ini ada tanda depresi, terus rujuk kepada pakar psikiatri.
DR AIMAN LATIF
PENGAMAL PERUBATAN
“Apabila saya tanya kanak-kanak tu macam mana dia terjatuh. Dia jawab saya nak naik ke atas (syurga),” tulisnya.
Menurut Dr Aiman, kanak-kanak itu bukan sahaja dirujuk ke hospital kerana kecederaan, tetapi turut diarahkan untuk rawatan psikiatri.
Dalam hantaran sama, Dr Aiman turut memberi pesanan kepada orang ramai agar tidak memandang ringan masalah mental dalam kalangan kanak-kanak.
ARTIKEL BERKAITAN:Individu anggap generasi hari ini mengada-ngada! Mak ayah dah sedia semua masih ‘claim’ depresi, sikit-sikit ‘anxiety’
ARTIKEL BERKAITAN:Hampir setahun dibelenggu depresi, 2 kali jalani ujian mental… gadis ini tepis stigma jumpa psikiatrik ertinya gila
“Apabila tanya detail, ada sebab kanak-kanak itu depresi. Tapi saya tak boleh dedahkan dekat sini sebab apa.
“Ada kemungkinan kanak-kanak ini ada tanda depresi, terus rujuk kepada pakar psikiatri. Jangan ambil mudah kesihatan mental kanak-kanak,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ada netizen yang meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka kanak-kanak seusia itu sudah berdepan masalah kesihatan mental.
“Kanak-kanak seawal empat tahun pun boleh dapat depresi ke doktor? Serious question. Apa faktor penyebabnya?” tulis seorang netizen.
Banyak faktor yang menyebabkan masalah depresi dalam kalangan masyarakat di negara ini. -Gambar hiasan
Pelayar TikTok turut meninggalkan komen meminta golongan ibu bapa peka dengan emosi anak walaupun mereka masih kecil.
“Sebab tu emosi anak-anak aku jaga sangat. Kalau nangis lama-lama, nampak termenung. Aku tanya kenapa? Sebab budak banyak tak faham dan tak pandai luah perasaan.
“Dulu kawan aku pernah cerita. Masa dia kanak-kanak dia teringin nak mati sebab nak masuk syurga,” tulis beberapa netizen.