RSS Suria

Budak manja tiada adab datang beraya siap minta password iPad, buka peti ais! Ibu ‘panas’ tuan rumah ‘sound’ anak

MUSIM perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri merupakan masa yang sesuai untuk mengeratkanikatan persahabatan dengan aktiviti ziarah menziarahi.

Namun, dalam keseronokan bertemudengan rakan taulan, adab sebagai tetamu perlu sentiasa dijaga agar kehadiran kita tidak menyusahkan pihak tuan rumah.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengansikap seorang kanak-kanak perempuan, anak kepada rakan suamiyang datang beraya ke rumahnya.

Menurutnya, kanak-kanakitu tanpa rasa bersalahmelurumasuk ke dalam biliknya dan menyelongkar barangan peribadi tanpa kebenaran.

Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mengenai adab bertamu ke rumah orang.

Tidak cukup dengan perbuatan menjengkelkan itu, dia turut ‘buat hal’ dengan mengambil makanan dalam peti sejuk.

“Kawan suami saya datang beraya, anak perempuan dalam usia 11 tahu tanpa rasa malu masuk ke dalam bilik saya dan ambil iPad. Siap minta password lagi!

“Saya cakap tak boleh, tapi macam biasa dia buat kecoh kononnya dia cuma nak tengok game apa yang sayaada sebab dia bosan. Katanya mainan kat ruang tamu untuk bayi.

“Selepas itu, dia bukapeti sejukdan ambik yogurt kepunyaan anak lelaki saya bukan satu tetapi dua!” katanya, geram.

ARTIKEL BERKAITAN:Geram layan tetamu Gen Z, datang beraya ‘demand’ macam-macam… Tuan rumah terus tak jadi hidang pencuci mulut

ARTIKEL BERKAITAN:Geram layan tetamu Gen Z, datang beraya ‘demand’ macam-macam… Tuan rumah terus tak jadi hidang pencuci mulut

Apabila ditegur, ibu kepada kanak-kanak tersebut kelihatan tidak dapat menerima tindakannyadan menunjukkan riak wajah tidak puas hati.

Tambahnya, disebabkan dengan sikap anak-beranak itu, dia nekad untuk tidak lagi menjemput keluarga tersebut ke rumahnya untuk beraya pada tahun-tahun akan datang.

“Sudah tentu saya tak diamkan, saya beritahu dia perbuatan dia biadab. Suruh dia pergi ruang tamu dan jangan sentuh barang-barang saya.

“Ayah dia nampaklah rasa bersalah, yang tak tahan ibu dia tengok saya tak puas hati macam saya baru lepas tampar anak dia.

Komen netizen di media sosial.

“Dia bukan kanak-kanak istimewa, tapi hanyalah budak yang terlalu dimanjakan. Ini adalah kali pertama dan terakhir kami jemput mereka beraya!” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geramterhadap kanak-kanak itu yang dianggap tidak beradab itu.

“Kalau kanak-kanak tidak memahami batasan, mereka tidak akan belajar untuk menghormati.

“Mungkin budak itu ada ADHD?

“Kau ingat ini rumah mak ayah kau ke nak buat perangai macam itu?” komen beberapa netizen.

Scroll to Top