SELEPAS sebulan menimang cahaya mata pertama, ramai mahu melihat wajah comel anak penyanyi Sufi Rashid.
Bagaimanapun Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 33, tidak akan memuat naik foto anaknya di mana-mana platform media sosial.
Bukan bimbang dengan penyakit ain, Sufi sebaliknya mahu menjaga hati mereka yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Sufi dan isteri sepakat tak dedah wajah anak.
“Saya dan isteri memang sepakat tak mahu tunjuk wajah anak di media sosial.
“Bukannya risau penyakit ain cuma tak mahu orang di luar sana fikir bukan-bukan atau kurang selesa.
“Kita tak tahu hati dan perasaan seseorang… Macam ada rakan saya yang mahu anak tapi belum ada rezeki,” katanya kepada mStar.
Bercerita pengalaman menjadi seorang bapa, kehidupan baharunya itu banyak mengajar dia pelbagai perkara terutamanya menguruskan anak kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Sufi Rashid dan isteri timang bayi perempuan
ARTIKEL BERKAITAN: “Baby London!” – Isteri hamil 6 bulan, Sufi Rashid bakal timang bayi perempuan
Malah penyanyi itu kini lebih menghargai jasa orang tuanya yang bersusah payah membesarkan dia dari kecil sehingga dewasa.
“Alhamdulillah, kehidupan sekarang sangat berbeza, banyak perkara saya belajar walaupun baru sebulan bergelar bapa.
“Dengan ada anak sendiri ia buat saya menghargai ibu bapa sebab sekarang baru tahu rasa jaga seorang anak,” jelasnya.
Untuk rekod, Sufi dan Nurulain Md Yusof mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.
Sufi teruja dengan penganjuran Konsert Galau The Finale Februari tahun depan.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Sabreen Aleyna yang dilahirkan pada 12 November lalu.
Dalam perkembangan lain, Sufi teruja dengan Konsert Galau The Finale yang bakal berlangsung di Arena @ Expo, Singapura pada 22 Februari tahun depan.
Konsert itu menampilkan persembahan gabungan artis daripada Indonesia dan Malaysia iaitu Ungu, Nidji, Rossa, Fabio Asher dan Exists.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!