SETIAP orang memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan dan memenuhi kehendak serta keperluan harian.
Namun, faktor umur juga memainkan peranan besar dalam menentukan peluang untuk seseorang mendapat pekerjaan yang baik.
Di Thread, seorang lelaki mendedahkan kesukarannya untuk mendapatkan pekerjaan selepas usianya mencecah 40 tahun.
Pekerja yang berusia mungkin keletihan untuk bekerja lebih masa. -Gambar hiasan
“Susahnya nak dapat kerja apabila usia pertengahan 40-an. Saya dah mohon kerja di banyak tempat. Dapat panggilan interview, tapi sangat mengecewakan.
“Sumber Manusia (HR) cakap pendidikan dan pengalaman saya memang mantap, tapi syarikat tak nak ambil risiko sebab saya dah berusia dan terlebih kelayakan,” luahnya.
Dalam hantaran sama, dia turut menyifatkan situasi itu sebagai hakikat yang pahit untuk ditelan bagi golongan pekerja di negara ini.
Jadi, maksudnya rakyat Malaysia memang terhenti kerjanya bila dah mencapai umur 40-an?
LELAKI 40-AN
“Berusia maksudnya dia tak nak ambil risiko sebab selalunya umur macam ni dah ada sakit-sakit dan masalah kesihatan.
“Jadi, maksudnya rakyat Malaysia memang terhenti kerjanya bila dah mencapai umur 40-an? Aduhai. Hakikat pahit untuk negara tercinta,” tulisnya lagi.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi netizen, yang mana rata-ratanya bersetuju tentang realiti diskriminasi umur di tempat kerja.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ganti anak masuk ‘interview’ kerja, penemu duga tak sangka boleh berkenan! – "Rasa macam nak ambil mak dia"
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cantik ‘lenggang kangkung’ datang ‘interview’ kerja… Tak sempat cakap banyak penemu duga hambat balik!
“Sama macam saya. Adakah umur lebih 40 dianggap terlalu tua untuk kerja?
“Betul. Aku diberhentikan masa umur 45 semasa pandemik. Sampai sekarang tiada kerja, buat freelance je,” komen beberapa netizen.
Menurut seorang lagi wanita di ruangan komen, dia juga gagal mendapat pekerjaan dengan syarikat tempatan kerana faktor usia.
Pekerja muda biasanya dibayar lebih rendah memandangkan mereka tidak mempunyai banyak pengalaman. -Gambar hiasan AI
Namun, dia akhirnya diberi peluang untuk bekerja selepas memohon jawatan di sebuah syarikat antarabangsa.
“Mohon kerja dengan syarikat global, lupakan syarikat Malaysia. Sama macam saya. Saya dah umur 45. Mohon sana-sini tapi tak dapat. Alasan tua dan lebih kelayakan.
“Bila saya mohon kerja dengan syarikat Jepun, barulah dapat kerja. Mereka langsung tak diskriminasi umur. Mereka lihat pengalaman anda sebagai aset,” tulis wanita itu.