RSS Suria

Cara zip kain, butangkan baju pun kena ajar… Wanita bimbang trend GRWM, golongan berhijab turut sama tayang bahagian sensitif

UMUM sedia maklum tentang kepantasan penyebaran maklumat di media sosial di samping fungsinya meluaskan jaringan merentas sempadan.

Penggunaan yang meluas dalam kalangan masyarakat dunia menyebabkan pelbagai trend muncul di media sosial.

Terbaharu, pelayar didedahkan dengan trend get ready with me (GRWM).

Meskipun pada awalnya, ia dilakukan golongan model atau talent sesebuah agensi yang ingin mempromosikan produk seperti pakaian, namun sejak kebelakangan ini ramai yang menjadikannya sebagai content.

Sesetengah peniaga menunjukkan perincian lanjut pada patung. -Gambar hiasan

Sesetengah peniaga menunjukkan perincian lanjut pada patung. -Gambar hiasan

Justeru, seorang wanita meluahkan kebimbangan selepas mendapati kebanyakan golongan wanita yang mengikut trend itu adalah mereka yang berhijab.

“Sekarang ni ramai hijabis buat video GRWM, tunjuk cara zip seluar, butangkan baju dan berpakaian.

“Mungkin sebab trend atau sebahagian cara untuk klien… tapi sejujurnya saya rasa cara tu tak sesuai.

“Pemakai hijab sepatutnya memaparkan imej yang sopan, jadi perkongsian cara berpakaian yang keterlaluan dilihat tak selari,” luahnya memberi pandangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda saran sekat TikTok! Penjual online jual harga terlajak murah demi untung ‘ciput’, ramai peniaga premis ‘bungkus’

ARTIKEL BERKAITAN: Terlampau ikut trend media sosial, netizen dedah pasangan sama-sama sulung terdedah sihir! Kononnya darah anak pertama ada sakti

Bagi wanita ini, terdapat cara yang lebih baik untuk berkongsi tentang fesyen masa kini berbanding GRWM.

Malah katanya, setiap individu perlu mengetahui limit dan sempadan adab dalam setiap tindak tanduk.

“Mungkin ia hanya perspektif konservatif saya, tetapi saya rasa ada cara lain untuk berkongsi fesyen tanpa menunjuk seperti itu,” tambahnya lagi.

Memang mereka pakai inner tapi bagi aku, ia masih memalukan untuk tengok.

WARGA MAYA

Pandangan yang diutarakannya itu mendapat perhatian warga maya termasuk mereka yang berkecimpung dalam industri fesyen dan perlu melakukan video seperti itu.

Susulan itu salah seorang pencipta kandungan video GRWM tampil berkongsi pengalamannya dan bersetuju dengan pandangan yang diberikan wanita ini.

“Saya setuju dan ini boleh jadi kesedaran pada klien juga. Sebagai seseorang yang kena buat video GRWM termasuk zip kain, saya sehabis baik cuba untuk menutup diri sepenuhnya.

“Kadang-kadang kami diminta untuk tunjuk setiap perincian pada pakaian, memang strugle juga tapi perlu ikut cakap klien kerana dibayar dan pada masa sama nak jaga diri serta hati pelanggan,” luahnya.

Warga maya turut bersetuju dengan pandangannya.

Warga maya turut bersetuju dengan pandangannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan wanita ini dan berharap pencipta kandungan untuk lebih peka tentang aurat dan adab susila.

“Memang mereka pakai inner tapi bagi aku, ia masih memalukan untuk tengok dan macam awak cakap, Islam tu mudah… ni bukan sekadar tutup aurat tapi kesopanan. Apa guna tutup sana sini kalau masih tunjuk tubuh sendiri.

“Saya pun perasan perkara ni dan rasa janggal tengok hijabis pakai inner sebelum memperagakan baju. Harap tak perlu tengok trend ni dah.

“Memang betul dik, semua tu pengaruh dari Barat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Ada banyak lagi cara yang terhormat. Zaman media sosial ni, kalau bolej semua perkara nak tayang,” demikian pandangan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top