SEORANG wanita tidak puas hati dengan layanan kurang sopan seorang juruwang lelaki di sebuah cawangan kedai serbaneka, mendakwa barangan yang dibeli dilempar secara kasar.
Menurutnya, semasa membuat pembayaran di kaunter juruwang itu bertanya sama ada dia membawa beg sendiri atau tidak untuk meletak barangan yang dibeli.
Dia yang lantas menjawab ‘ya’ dan kemudian mencari beg yang dibawa tidak menyangka juruwang berkenaan menunjukkan reaksi kurang menyenangkan.
Senyuman dan layanan mesra pekerja akan menambat hati pelanggan untuk datang semula ke premis. -Gambar hiasan AI
“Aku jawab ada, kejap ya. Begnya kat bawah barang-barang. Tapi dia terus buat muka bosan, mata pandang ke atas.
“Kemudian dia scan barang, dia campak je barang-barang tu dalam beg. Bukan campak yang perlahan, campak yang memang campak (kuat).
“Aku bukan nak dia susun cantik ke apa tapi jangan la campak sebab kebanyakkan barang aku tu makanan,” kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau tak reti jangan redeem!" – Warga emas terkebil-kebil depan kaunter, juruwang marah salah ambil barang MyKasih
ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang tak ada duit baki RM1.05, pelanggan tak puas hati diberi ganti 2 biji gula-gula… 5 sen buat-buat lupa!
Tidak tahan lagi dengan layanan tersebut, dia terus meminta semula beg yang dibawanya dan mula memasukkan sendiri barang-barang yang dibeli.
Namun juruwang tersebut tetap meneruskan sikapnya buruknya, kali ini dengan melempar barang ke atas kaunter selepas diimbas.
- Seorang pelanggan wanita dilayan kasar oleh juruwang lelaki di sebuah kedai.
- Juruwang tunjuk sikap tidak mesra sejak awal dengan melempar barang pelanggan ke dalam beg.
- Pelanggan tegur secara pasif dengan mengambil beg dan memasukkan sendiri barang-barang.
- Selepas pelanggan mencampak barang ke dalam beg, juruwang terdiam dan mula berubah sikap.
- Insiden itu menimbulkan perbincangan dalam kalangan netizen tentang kepentingan layanan mesra dan profesional di kaunter bayaran.
“Aku dah panas, aku ambil barang-barang aku, sekuat hati aku campak dalam beg aku tu. Terdiam ‘member’, sampai berhenti scan barang.
“Cashier sebelah dia slow je sikukan dia. Lepas tu baru boleh ubah riak muka, dari muka annoyed mata ke atas dah boleh senyum cakap elok-elok.
“Aku cakap kat dia, aku ni baran bang, orang laki pun aku pernah tumbuk tau,” katanya.
Reaksi netizen
Netizen yang membaca perkongsian itu rata-rata berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut kerana telah mengajar juruwang itu menjadi manusia yang lebih beradab.
“Bagus kak tindakan kau, puas hati aku baca.
“Orang macam ni kita kena lagi biadab dari mereka, geram tau,” katanya.