RSS Suria

Cemburu abang layan ‘special’ famili mentua, adik dikecam minta belanja sehelai seluar – “Awak pergi cari suami la”

SEORANG gadismeluahkan rasa terkilan terhadap abangnya yang dikatakan lebih mengutamakan isteri dan keluarga mentua berbanding darah daging sendiri.

Dalam satu hantaran yang mendapat perhatian di media sosial, gadis iniberkata dia kecewaapabila abang sendiri tidak dapat menunaikan permintaan kecilnya.

Menurut gadisitu, sebelum berkahwin lagi, abangnya banyak berbelanja untuk kekasih tetapi tidak pernah memberikan layanan samakepada ahlikeluarga.

Seorang gadisterkilanapabila abangnya melebihkan keluarga mentua. -Gambar hiasan

“Bila sudah kahwin, dia utamakan adik ipar. Dua hari lepas, saya minta belanja seluar, dia suruh teman lelaki saya yang belanja saya.

“Tapi saya masih ‘single’. Pada masa sama dia belanja adik-adik ipar dia baju raya. Saya minta sehelai seluar, tak dapat.

“Untuk makluman, ayah saya sudah meninggal. Patutnya abang kena bertanggungjawab la kan,” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, keluarga mereka bukanlah berasal dari keluarga yang senang denganibunya tidak bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri bekerja tak pernah merasa wang suami, terasa hati mentua senang-senang je dapat duit belanja raya

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak jadi bini kena bijak” – Wanita puas hati dapat beli baju raya sendiri RM400 sepasang, suami punya RM60 je

Perkongsian ini bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak bersetuju dengan rungutan dan pertikaian gadis tersebut.

Rata-ratanya menasihati pengadu untuk lebih memahami tanggungjawab seorang lelaki selepas berumah tangga.

“Tak, awak pergi cari suami la, jangan kacau abang awak. Dia ada tanggungan dia. Dia ada tanggungjawab dia.

Cuma terkilan sebab dia boleh belikan baju raya untuk adik-adik ipar.

NETIZEN

“Awak tu adik, ada la bahagian adik tu tapi jangan kacau abang. Pergi cari suami la, kahwin awal. Kasihan abang awak, kena kacau dengan awak,” ujar seorang netizen.

Susulan kecaman yang diterima, gadisitu tampil menjelaskan keadaan sebenar dengan menerangkan bahawadia tidak berniat untuk meminta segala-galanya daripada abang.

Sebaliknya, diahanya berkongsi rasa terkilan kerana ini merupakan kali pertama dia meminta sesuatu daripada abangnya.

Komen netizen di media sosial.

“Ramai yang salah faham. Saya tak suruh abang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas saya. Ini pertama kali saya minta dia belanja.

“Cuma terkilan sebab dia boleh belikan baju raya untuk adik-adik ipar. Tapi saya minta sehelai seluar pun tak dapat.

“Sebelum kahwin, ye saya cemburu sebab belanja perempuan yang tiada kaitan sah sehingga adik dan mak sendiri terabai,” jelasnya.

Namun, kini dia menerima hakikat bahawa wanita itu sudah sah menjadi isteri abangnya dan layak diberi perhatian lebih.

Scroll to Top