SETIAP kali musim Aidilfitri, bukan sahaja rumah terbuka yang menjadi tradisi, sekolah juga tidak ketinggalan mengadakan jamuan raya bagimenceriakan suasana selepas cuti panjang.
Apabila jamuan raya sekolah diadakan, secara tak langsung ramai ibu akansibukdan bangun awal pagi menyediakan makanan untuk dibawa oleh anak.
Namun ada sesetengah sekolah membuat kutipan wang dengan jumlah berpatutan daripada setiap murid untuk memudahkan ibu bapa, di mana mereka tidak perlu lagi bersusah payah memasak atau menyediakan makanan.
Jamuan raya di sekolah adalah antara aktiviti wajib setiap tahun. -Gambar hiasan
Bagaimanapun, pendekatan yang bertujuan memudahkan banyak pihak itu mengundang rungutan segelintir ibu bapa yang enggan mengeluarkan wang untuk jamuan sekolah.
Terpanggil untuk membuat teguran, seorang individu tampil meluahkan pandangan berhubung isu inidi laman sosial.
“Beli barang untuk majlis raya dua anak dekat sekolah esok RM100.
“Dan hari ni baca Thread ada ibu complain cikgu minta RM10 seorang untuk jamuan raya sampai nak pontengkan anak sebab anggap mahal,” tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu bapa ajar anak jadi pemalas, suruh cikgu ingatkan kerja sekolah! – “Senang saya minta siapkan awal”
ARTIKEL BERKAITAN:Arahan diberi dengan jelas, mak ayah murid nak juga mesej tanya di WhatsApp… Cikgu penat layan kerenah orang tua tak faham bahasa!
Bukan mahu membangkang atau tunjuk pandai, individu tersebut berpandanganpara ibu bapa perlu bersyukur dan menghargai usaha guru yang sudah cuba memudahkan kerja mereka dengan hanya menyediakan sejumlah wang.
Menurutnya, menyediakan dan memasak sendiri makanan sudah semestinya menelankoslebih tinggi berbanding RM10 yang dikutip.
Kadang wujud nak free segala sudut. Sampai yang nak suap masuk mulut sendiri pun berkira.
NETIZEN
“Fikir sendirilah. Cikgu ada effort buat kutipan macam tu sebab nak senangkan mak ayah. Ini semua benda cikgu buat ada sajalah tak kena.
“Dia nak cikgu-cikgu gotong royong memasak dan ibu bapa bolehlah datang tolong. Masalahnya nak memasak tu pun kena beli barang. Isunya memang dia nak free,” tulisnya lagi.
Hantaran individu berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya turut bersetuju dengan pandangan yang disuarakan.
Antara netizen yang turut bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.
Malah mereka berpandangan ibu bapa tidak sewajarnya berkira dalam hal melibatkan aktiviti anak di sekolah.
“Kutip RM10 macam-macam kiosk ada time sambutan raya sekolah. Aiskrim, roti canai, apam balik, kuih-muih murid bayar RM10 pun sangatlah bagus dah.
“Saya kalau cikgu nak collect, saya rela hati. Tak payah aku gigih nak masak.
“Kadang wujud nak free segala sudut. Sampai yang nak suap masuk mulut sendiri pun berkira,” demikian antara komen netizen.