KEBANYAKAN kita pasti pernah berdepan situasi keikhlasan diuji apabila dihampiri orang tidak dikenali dan meminta pertolongan.
Berdepan dengan situasi serupa, seorang wanita berkongsi pengalaman ketika berada di sebuah dobi layan diri di Bukit Indah, Ampang, Selangor pada tengah malam.
Menurutnya, ketika itu suaminya sedang mengeringkan pakaian manakala dia menunggu di bahagian depan premissambil duduk di kerusi.
Kerosakan kereta boleh berlaku bila-bila masa. -Gambar hiasan
“Kami didatangi seorang ‘akak’ pakai pelitup muka dukung anak dekat saya. Saya tanya kenapa masa dia duduk sebelah.
“Katanya kereta break down (rosak), temperature (suhu enjin panas) naik,” katanya memulakan cerita.
Wanita itu mendakwa dia baru sahaja menghantar barang di kawasan berkenaan dan ingin pulang ke Gombak, Kuala Lumpurmenggunakan perkhidmatan e-hailing.
“Dia kata dah order Grab, jumlahnya RM29. Dia nak pinjam jumlah tu lakot. Tapi masa tu pula online banking tengah down, tepat pukul 12 tengah malam,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita rimas orang susah malas kerja, suka minta bantuan! Sekali dibantu merayu mahu lagi – “Jahat ke aku?”
ARTIKEL BERKAITAN:Cikgu ‘jual’ kisah nazar nak bantu orang susah… Tapi ada syarat, kena bagi modal dulu – “Dia akan trade, untung bahagi seorang separuh”
Disebabkan masalah tersebut, mereka tidak dapat membantu wanita berkenaan yang kemudiannya berlalupergi.
Namun, pengalaman itu turut mengimbau semula satu insiden yang pernah berlaku kepada dirinyasebelum ini ketika dia bekerja syif malam.
“Saya ni bukan tak nak percaya orang tapi memang sudah payah bab-bab macam ni. Masa kerja syif malam, saya turun kedai serbaneka nak beli makanan ringan.
Kita dah niat nak tolong, kita dapat pahala.
NETIZEN
“Ada seorang mamat ‘paw‘ (minta) saya berapa ringgit entah. Seingat saya hampir RM50 juga. Alasan dia, kata kena rompak. Saya malas sembang lebih sebab nak sambung kerja.
“Lagipun saya ‘gabra’ takut dia apa-apakan saya. Sampai hari ni saya tak dapat semula duit tu,” ujarnya menceritakan pengalaman.
Selepas kisah itu dikongsikan, rata-rata warga maya turut memberikan pandangan mereka.
Komen netizen di media sosial.
“Bagi saya bantu je. Mana tahu dia memang betul (dalam kesusahan). Kita dah niat nak tolong, kita dapat pahala. Cara akak tu pun bukan jenis mendesak maksudnya memang betul tengah ada masalah.
“Lagipun jumlah yang dia nak pinjam pun tak besar sangat. Kalau dia tipu pun awak tak rugi apa. Yang lain serahkan pada Allah.
“Mana tahu satu hari nanti kita dekat tempat akak tu. Allah tolong kita jumpakan dengan orang baik untuk bantu kita,” antara komen netizen.