RSS Suria

Dah masuk 30-an, lelaki bujang cari jodoh terus tanya nilai hantaran… Cantik, cinta ‘jatuh’ perkara nombor dua

DI awal perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina, banyak soalan akan ditanya termasuk status individu berkenaan sama ada masih bujang atau sudah berkahwin.

Namun zaman sekarang, cara berkenalan mula berubah lebih-lebih lagi apabila seseorang itu sudah berumur dan bersedia sepenuhnya memasuki gerbang perkahwinan.

Dalam satu perkongsian di laman sosial, seorang jejaka berusia 32 tahun dan masih bujang mempunyai cara tersendiri apabila mahu berkenalan dengan wanita yang disukainya.

“Soalan pertama bila aku kenal dengan seorang perempuan yang aku suka adalah berapa duit hantaran yang diingininya.

“Jika aku rasa membebankan, aku akan move on. Cantik, cinta dan sayang bagi aku nombor dua. Sekarang ni wang adalah penting,” ceritanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bakal pengantin perlu merancang simpanan untuk majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut, kata pemuda itu, dia percaya akan hakikat hidup zaman sekarang yang mana semuanya perlu berpijak di bumi nyata.

“Senang cerita, kalau tak mampu jangan kahwin. Tak perlu nak tuding jari pada sesiapa, hidup kita hak kita jadi kita pilih apa yang terbaik untuk kita.

“Ramai anak muda sekarang banyak ikut trend. Cuba tanya mak ayah awak dulu, mereka kahwin macam mana?

ARTIKEL BERKAITAN:Demi tebus barang kemas di kedai pajak, bakal mentua ‘cekau’ RM8,000 wang hantaran anak… Pemuda terus bersemuka!

ARTIKEL BERKAITAN:Belum kahwin dah ‘red flag’! Calon suami nak beri hantaran rendah, minta jangan berhenti kerja lepas beranak

“Duit hantaran bukan kayu ukur kita akan kahwin dengan seseorang yang bertanggungjawab. Boleh bagi asalkan tidak membebankan pihak lelaki, mudahkan urusan orang,” ujarnya.

Menurut pemuda itu, dia bagaimanapun sedar soalan mengenai wang hantaran itu akan diusulkan dalam perbincangan antara kedua-dua pihak.

Saya tak letak wajib kena pandai masak untuk jadi isteri saya, selagi kamu pembersih.

PEMUDA

Small talk itu harus la kan, tapi pada satu tahap kenalah tanya. Kami ni dalam golongan dah 30-an, tak tanya dah soalan-soalan ‘budak Wechat’ ni.

“Kita bertanya sebab kita nak dengar jawapan. Manusia bercakap ni kita boleh tahu tahap pemikiran dia kat mana. Matang atau tidak, ada common sense atau tidak,” jelasnya.

Hantaran menjadi tradisi bagi kebanyakan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

Jelasnya lagi, isu mengenai wang hantaran perlu diberikan perhatian menerusi perbincangan agar tiada masalah dalam hubungan di kemudian hari.

“Sebagai lelaki, akan ada perasaan ego dan maruah apabila melibatkan duit. Jika kamu sayang dia, kamuusaha dan ada je berjaya kahwin.

“Tapi hakikatnya sekarang lebih banyak perkahwinan tak mampu bertahan sebabkan duit. Saya bertanya sebab nak tengok attitude dan pemikiran perempuan tu macam mana. Dia perlu ada common sense.

“Saya tak letak wajib kena pandai masak untuk jadi isteri saya, selagi kamu pembersih. Lain-lain saya boleh buat, mak saya dah ajar jadi lelaki yang baik,” katanya.

Scroll to Top