RSS Suria

Dah tumpang bermalam, pandai-pandai je kemas rumah orang! Wanita anggap tetamunya tiada adab, tak hormat ‘owner’

AMALAN berziarah sesama rakan atau ahli keluarga bukan sekadar mengerat hubungan silaturrahim tetapi mampu mewujudkan kemesraan.

Sama ada anda menjadi tetamu atau individu yang diziarahi (tuan rumah), kedua-duanya akan merasai nikmat jika sama-sama berusaha mengeratkan ukhuwah.

Malah, amalan ziarah-menziarahi kini menjadi satu budaya bagi mewujudkan masyarakat harmoni..

Namun, bagaimana pula jika tetamu yang datang melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati tuan rumah?

Tidak semua tuan rumah selesa tetamu menjenguk ke dapur dan mengemas. Gambar hiasan

Tidak semua orang selesa tetamu mengemas rumah mereka. -Gambar hiasan

Seperti perkongsian seorang wanita di laman sosial, dia mempersoalkan tindakan ahli keluarganya yang datang bermalam dan bertindak mengemas rumahnya.

Tidak menjelaskan lebih lanjut tentang status hubungan dengan tetamu, apa yang pasti dia tidak selesa dengan apa yang dilakukan ahli keluarganya itu.

“Sejujurnya, korang suka ke kalau orang, tidak kisah adik beradik, ipar duai atau saudara mara rapat datang ke rumah atau rumah mak ayah lepas tu kemas beriya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk mata memandang… Suri rumah kongsi ‘trick’ jaga dapur agar bersih dan kemas, tak perlu deco sarat setiap sudut

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kemas rumah ala kadar, tak pulun mengemas sampai semua nampak sempurna! Hasilnya hidup lebih bahagia, kurang stres

“Dia (ahli keluarga) bukan cleaner yang diupah ya. Tapi individu ini gemar berbuat demikian.

“Dan ya, individu dimaksudkan ini tidur di rumah semalam dua,” tulisnya.

Perkongsian ringkas itu mencuri tumpuan pelayar aplikasi berkenaan terutama kaum wanita yang menyuarakan pandangan berbeza.

Tanya tuan rumah dulu kalau okay untuk mengemas. Tak semua yang kita suka orang suka juga

NETIZEN

Ada yang seronok jika mendapat ahli keluarga yang sudi mengemas tanpa disuruh.

Bagaimanapun, ada yang sama pendapat dengan pengadu, tidak bersetuju kerana merasakan tindakan itu sebagai tidak menghormati tuan rumah.

Dalam pada itu, ada juga netizen menyarankan supaya wanita itu menegur saja tindakan ahli keluarganya dengan cara baik.

“Tak tahu pula hal macam ni ada yang tak suka, patutlah waktu saya datang rumah abang, beriya vakum, mop dan cuci tandas. Kakak ipar nampak tak cakap apa-apa dan dia masuk bilik.

“So maksudnya dia marah saya ke?

Hati pasti senang jika rumah dibersihkan secara berkala. Gambar hiasan

Hati pasti senang jika rumah sentiasa bersih. -Gambar hiasan

“Saya suka sahaja. Saya akan tengok apa yang dia kemas, lain kali saya akan kemas sebab kadang tak perasan ada bahagian dalam rumah yang tak berapa bersih.

“Maaf tidak. It’s disrespectful. Datang sebagai tetamu behave sebagai tetamu. Ada orang tak kisah, tapi ada yang tak selesa atau terguris hati.

“Saya pernah kemas rumah ibu mentua masa awal berkahwin, lepas kemas dia tak jumpa barang dan dia cakap jangan kemas rumah dia dah. Lepas kejadian penyapu pun saya tak pernah pegang kalau balik kampung.

“Tanya tuan rumah dulu kalau okay untuk mengemas. Tak semua yang kita suka orang suka juga,” demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top