GRADUAN pastinya mengharapkan tawaran kerja sejurus menamatkan pengajian di universiti.
Namun, seorang lepasan diploma meraih perhatian selepas berkongsi kisahnya yang terpaksa menolak tawaran kerja.
Menerusi hantaran di laman X, dia mendedahkan mendapat tiga tawaran kerja.
Malangnya, ketiga-tiga lokasi tersebut didapati tiada kemudahan pengangkutan awam dan sendiri tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja.
Graduan berdepan cabaran mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. -Gambar hiasan
Menurutnya, masalah akses pengangkutan itu menyebabkan dia buntu sehingga terpaksa membuat keputusan berat buat kali ketiga untuk menolak peluang kerja tersebut.
“Aku akhirnya dah dapat kerja dekat Shah Alam dengan tawaran gaji yang bagus. Tapi aku ada masalah nak terima kerja sebab tak ada kenderaan untuk ulang-alik.
“Aku dah fikir macam-macam tapi tak ada penyelesaian. Aku tak ada kereta atau apa-apa kenderaan. Aku mohon kerja di Selangor sebab nak guna pengangkutan awam.
Kalau aku tolak tawaran ini, bermakna dah kali ketiga aku tolak tawaran kerja atas sebab sama.
PENGADU
“Tapi aku asyik dapat tawaran dekat tempat yang tak ada pengangkutan awam. Kalau aku tolak tawaran ini, bermakna dah kali ketiga aku tolak tawaran kerja atas sebab sama,” luahnya tanpa mendedahkan lokasi tempat tinggalnya.
Menerusi perkongsian tersebut, graduan itu meluahkan dirinya berasa tertekan memikirkan nasib malangnya itu.
“Setiap kali tolak tawaran kerja, aku sangat tertekan sebab aku tahu aku perlukan sangat kerja tu. Jadi apa aku patut buat dengan offer ni?
ARTIKEL BERKAITAN: Gembira dapat kerja gaji 6K selepas tamat belajar… Graduan ikut gerak hati, tolak tawaran demi keberkatan
ARTIKEL BERKAITAN: Calon usung mak ayah datang temu duga kerja, siap ikut masuk bilik HR… Wanita serba salah nak tegur suruh keluar
“Aku harap tak ada orang rasa apa yang aku alami. Aku harap Allah permudahkan orang lain di luar sana lebih daripada Allah permudahkan aku sekarang,” luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan individu berkenaan supaya bersabar dan mempertimbangkan keputusannya terlebih dahulu sebelum melepaskan tawaran kerja yang diterimanya.
Malah, segelintirnya mencadangkan agar dia mencari bilik sewa di kawasan berdekatan dengan mana-mana tempat kerjanya yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam.
“Pindah Shah Alam, sewa bilik yang berdekatan laluan bas percuma Smart Selangor, lepas tu boleh naik Grab,” tulis seorang pelayar X.
Kemudahan pengangkutan awam sememangnya menjimatkan masa dan wang. -Gambar hiasan
Seorang lagi netizen memberi cadangan supaya mencari kediaman yang memerlukan dia hanya berjalan kaki ke pejabat.
“Sewa bilik dekat dengan tempat kerja, lepas tu jalan kaki atau Grab. Aku kerja kat Pulau Pinang dulu, jalan kaki pergi pejabat.
“Lepas dah masuk kerja, berbaiklah dengan orang di situ, boleh carpool (berkongsi kereta) ke, duit minyak jangan lupa bayar,” tulis wanita itu pula.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube