RSS Suria

Dapat hibah RM1 juta selepas bapa meninggal, wanita rancang berhenti kerja… Bakal suami belum tahu dah jadi orang kaya segera

MASIH ramai dalam kalangan kita yang belum menyedari kepentingan mengambil hibah sebagai perlindungan masa depan untuk keluarga.

Seperti wanita ini, dia mampu hidup senang apabila menerima hibah bernilai RM1 juta selepas kematian bapanya.

Namun di sebalik ketenangan itu, dia berdepan satu masalah apabila rahsia itu masih tidak diketahui bakal suaminya.

hibah (2)

Segelintir wanita berhenti kerja selepas berkahwin kerana mahu memberi fokus terhadap keluarga. -Gambar hiasan

Dia turut merancang untuk berhenti kerja selepas berkahwin kelak, namun hasrat itu mendapat tentangan pasangannya.

“Perancangan aku lepas kahwin nak berhenti kerja dan ikut suami duduk Johor Bahru sebab dia kerja di Singapura. Dia asyik tanya aku, apa back up plan lepas berhenti kerja nanti?

“Aku cakap nak santai-santai je dulu, tak terus cari kerja. Tapi dia nak aku duduk rumah buat bisnes atau apa-apa saja… tapi aku tak suka buat bisnes, jujur aku cakap.

Aku dapat hibah RM1 juta sebab aku anak perempuan tunggal… faraid dapat juga tapi tak banyak.

ANAK SI MATI

“Lepas tu dia risau kalau aku tak ada duit. Bakal laki aku tak tahu aku dapat hibah ni,” tulis wanita itu menerusi perkongsian di laman X.

Menerusi perkongsian sama, wanita itu mendedahkan dia menerima hibah tersebut kira-kira lima tahun lalu.

Selain hibah, dia juga turut menerima harta yang difaraidkan selepas bapanya meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa selepas ajal! Anak kerja kedai makan meninggal, ibu terkejut ada lelaki datang rumah beritahu arwah tinggalkan RM800,000

ARTIKEL BERKAITAN: “Jadi janda kaya, menonong kahwin lain!” – Kakak ipar cemburu arwah adik tinggal hibah RM300,000 untuk isteri, beria suruh faraid

“Aku berumur 30 tahun, bakal kahwin tahun depan. Aku dah kerja sejak umur 20, masa habis diploma.

“Ayah aku meninggal lima tahun lepas. Aku dapat hibah RM1 juta sebab aku anak perempuan tunggal. Faraid dapat juga tapi tak banyak,” ujarnya.

Perkongsian wanita itu turut menerima pelbagai komen netizen.

Story on Wave credit and debit card. RAYMOND OOI/ The Star

Kewangan yang tidak stabil juga boleh menjadi punca masalah rumah tangga. -Gambar hiasan

“Kalau dia lelaki bertanggungjawab, mesti kau takkan rasa tak nak beritahu dia pasal ada duit banyak… sebab kau tahu dia tak akan ambil kesempatan.

“Dia (bakal suami) kerja ulang alik Singapura. Takkan dia nak bela biawak hidup. Kena faham kebimbangan bakal laki kau.

“Cakap je rezeki Allah tentukan dan ada la saving sikit-sikit,” tulis netizen.

Menurut laman web eFaraid, hibah bermaksud suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top