MEMBANTU golongan yang memerlukan bukan sekadar amalan terpuji, malah merupakan tanggungjawab sosial yang wajar dipikul bersama.
Tindakan ini bukan sahaja mampu meringankan beban insan lain, malah menyemai nilai kasih sayang, empati dan keprihatinan dalam masyarakat.
Namun, tidak semua individu memahami erti atau maksud sebenar bantuan.
Beras, telur dan minyak masak adalah antara barangan keperluan asas yang penting bagi setiap isi rumah. -Gambar hiasan
Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang hidup dalam serba kekurangan.
Menurut wanita itu, kunjungannya hanyalah untuk menghulurkan sedikit sumbangan peribadi dengan harapan dapat membantu meringankan beban keluarga berkenaan.
Namun, sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila seorang jiran yang turut berada di situ mula bersuara dengan permintaan yang agak ‘luar biasa’.
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran suka buat ‘kepala sendiri’, luaskan dapur sampai langgar sempadan! Apabila tegur terus nak ‘tabur’ duit, tak fikir isu kemudian hari
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran buat tanah kosong macam hak sendiri… Penat orang lain tarah semak, esoknya datang tanam pokok nanas
“Datang jiran sebelah, cakap begini, ‘kalau boleh berilah TV dan air Coway. Mudah nak minum dan nak tengok berita’,” ceritanya, mengimbas kembali ayat yang dituturkan jiran kepada keluarga yang diziarahinya.
Mengakui terkesima dengan permintaan itu, dia dengan tenang membalas kembali kata-kata tersebut tetapi dalam nada tegas.
“Kak, TV boleh buat perut kenyang? Selama hidup keluarga ni, semuanya susah minum ke? Semua minum air longkang ke kak?” kongsinya.
Jiran tu patut tahu antara keperluan dan kehendak.
NETIZEN
Tambahnya lagi, jika permintaan itu mempunyai kaitan dengan keperluan yang lebih penting seperti untuk tujuan pendidikan, dia pasti tidak berkira untuk menyumbang.
“Kalau acik ni minta laptop untuk anak dia yang di Kolej Komuniti tu belajar, saya akan bagi. Tapi kalau TV? Air Coway? Melebih pula kau kak,” kongsinya lagi.
Luahan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Rata-rata bersetuju bahawa bantuan seharusnya difokuskan kepada keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal yang selesa, pendidikan dan kesihatan bukan kehendak.
“Yang jiran tu sibuk kenapa?
“Jiran tu patut tahu antara keperluan dan kehendak.
“Orang sekarang dah tak tengok TV dan dekat Malaysia ni kalau air paip so far kalau masak boleh minum lagi. Jiran pula yang melebih,” demikian antara komen netizen.