SUDAH memiliki katalog muzik yang kuat, namun kumpulan KRU tetap merancang untuk menghasilkan pelbagai karya baharu sebelum tampil dengan konsert ‘reunion’ pada tahun 2025.
Menurut salah seorang anggotanya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, keputusan berkenaan dibuat bukan sahaja untuk mengembirakan peminat malah demi kepuasan untuk terus berkarya.
“Artis seangkatan kami memilih untuk buat konsert dan tidak mahu lagi buat album. KRU berbeza, kami tak akan buat benda yang orang lain buat.
KRU ditemui ketika sidang media pelancaran muzik video berjudul Voodoo.
“Bukan nak menidakkan pendapat mereka.Tetapi kami tetap akan buat konsert dan hasilkan lagu baharu untuk kepuasan kami,” katanya kepada mStar.
Selain Yusry, kumpulan itu turut dianggotai Datuk Norman Abdul Halim dan Edry Abdul Halim.
Sementara itu, Edry pula memberithau mereka tidak mahu mengambil jalan mudah menjayakan konsert dengan menyanyikan lagu-lagu sedia ada saja.
ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan bubar bukan gimik, KRU kembali bersatu selepas Edry setuju ulang-alik dari Manchester ke KL
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan
Sebaliknya, mereka mahu mempersembahkan karya baharu agar dapat menarik minat generasi muda.
“Cara mudah boleh saja kami umum konsert dan nyanyi lagu-lagu lama tetapi sebagai pengkarya, kami mahukan kepuasan menyampaikan karya.
“Kami perlukan karya baharu untuk buat kami lagi seronok hasilkan muzik dan pada masa sama mencari peminat baharu,” ujarnya.
Berkongsi lanjut, Edry memberitahu album berkenaan masih lagi dalam fasa pembikinan dan hanya empat buah lagu sahaja yang sempat dirakamkan buat masa ini.
Peminat mengimbau kembali muzik KRU dan kenangan zaman remaja mereka.
EDRY
PENYANYI
Jelasnya, album tersebut diharap mampu mengimbau kenangan dan nostlagia zaman kegemilangan mereka pada era 90-an.
“Untuk album ini, kami sudah siap rakamkan empat lagu, rancangan untuk album itu siap mungkin selepas raya.
“Kami mahu tahun 2024 dan 2025 menjadi tahun peminat mengimbau kembali muzik KRU dan kenangan zaman remaja mereka,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, KRU tampil dengan buah tangan baharu buat peminat menerusi single pertama mereka berjudul Voodoo yang bakal dimuatkan di dalam album Kaset.
KRU bakal muncul dengan konsert berskala besar pada 2025.
Menariknya, muzik video lagu tersebut dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sekali gus menjadikan KRU artis pertama tempatan yang menggunakan inovasi berkenaan dalam karya mereka.
Ciptaan sepenuhnya oleh Norman, Yusry dan Edry, Voodoo mengekalkan DNA muzik asal KRU tetapi bergenre Pop Dance, Hip Hop dan R&B namun dengan sentuhan berbeza.
Peminat boleh mendengarkan lagu Voodoo di semua platform penstriman digital manakala muzik video pula ditayangkan di laman YouTube rasmi KRU.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!