RSS Suria

Dengar bunyi ‘crack’ atas padang, ligamen Alif Satar koyak ketika main bola… Ryan Giggs sempat tanya khabar

PENYANYI dan pelakon, Alif Satar, berdepan detik cemas apabila mengalami kecederaan serius pada bahagian kaki kanannya selepas diterjah pemain lain ketika terlibat dalam perlawanan pada malam Sabtu.

Berkongsi kejadian yang berlaku, Alif, 35, memberitahu dia sendiri mendengar bunyi pada bahagian tulang semasa terjatuh ke tanah.

Hasil pemeriksaan awal mendapati ligamen ATFL (anterior talofibular ligament rupture) di bahagian kakinya koyak.

Giggs ketika bertanya keadaan Alif selepas tamat perlawanan.

"Ketika diterjah, saya dapat dengar bunyi ‘crack!’, memang benar ligamen ATFL koyak. Hari ini kaki saya bengkak dan esok akan menjalani pemeriksaan MRI," katanya.

Perkara itu dikongsi Alif menerusi hantaran di Instagram miliknya pada hari Ahad.

Walaupun berdepan kesakitan, Alif tetap menganggap insiden itu sebagai satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Lebih istimewa, kejadian tersebut turut disaksikan legenda bola sepak dunia, Ryan Giggs, yang sempat bertanya khabar.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar jumpa rakyat Malaysia jadi mangsa pengganas di NZ, tersentuh ramai peluk Islam sejak insiden 6 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar berhenti bersenam, kaut tahi kerbau atas jalan raya

Malah Alif turut mengucapkan terima kasih kepada rakannya iaitu bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim, yang menjaga dia selepas kejadian itu.

"Ini adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan kerana diterjah oleh pemain kebangsaan, kemudian Ryan Giggs datang menziarah.

“Jiran saya yang memakai baju putih dan topi itu, nama dia Safiq Rahim. Dia sangat baik, menjaga saya malam tadi dan menasihatkan supaya tidak bermain bola lagi," ujarnya.

Namun di sebalik itu dia turut meluahkan kebimbangan jika kecederaan tersebut tidak pulih dalam masa terdekat kerana dia bakal menyertai sebuah acara larian iaitu Berlin World Majors Marathon, satu acara larian berprestij yang menjadi impiannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top