LAMA menyepikan diri daripada dunia seni suara, penyanyi Che Puan Jeslina Hashim rindu untuk kembali menyanyi di atas pentas.
Bagaimanapun hasrat tersebut terpaksa dipendam disebabkan masalah sakit tekak dialami sejak 10 tahun lalu membuatkan dia sukar menyanyi dengan baik.
“Saya ada masalah tekak dan doktor memberitahu ia akibat penyakit gastrik yang saya alami penghasilan asid berlebihan sehingga menggangu peti suara.
Jeslina belum terfikir aktif menyanyi.
“Lagu sendiri pun saya tak boleh nak nyanyi dalam nada asal. Harap suatu hari nanti masalah tekak saya ini akan baik dan ada peluang kembali menyanyi,” katanya kepada mStar.
Tambah penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ini, dia tidak pernah mendapatkan rawatan susulan bagi masalah tersebut.
Biarpun begitu minat dalam bidang nyanyian tidak pernah pudar malah sering melepaskan rindu dengan menyanyi di rumah.
ARTIKEL BERKAITAN:8 tahun sulam cinta, Jeslina Hashim sah bergelar isteri Tunku Eddy Nasruan
ARTIKEL BERKAITAN:Bakal kahwin kerabat diraja, Jeslina Hashim kongsi berita gembira apabila sudah bersedia
Menurutnya lagi, masalah itu membuatkan dia sukar menerima sebarang tawaran menyanyi atau menyertai program realiti.
“Kalau ditawarkan sertai program TV sekalipun saya tak boleh. Macam mana nak menyanyi? Mungkin minggu pertama saya dah terkeluar.
“Saya hanya menyanyi di rumah sahaja… Tidak terfikir untuk merawat masalah dialami sebab tiada perancangan aktif menyanyi,” ujarnya.
Saya hanya menyanyi di rumah sahaja
CHE PUAN JESLINA HASHIM
PENYANYI
Bercerita tentang kehidupan harian, Jeslina memberitahu dia kini sibuk menguruskan keluarga selain perniagaan.
Pun begitu kata Jeslina, suaminya iaitu Tunku Eddy Nasruan tidak pernah menghalang jika dia ingin kembali aktif menyanyi.
“Suami tidak kisah jika saya mahu menyanyi atau berlakon sebaliknya dia lebih gembira jika saya kembali aktif,” jelasnya.
Jeslina kini beri fokus urus keluarga.
Untuk rekod Jeslina dan Tunku Eddy mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.
Jeslina sebelum itu pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Micah, 17, dan Kiera, 15 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!