“DARIPADA kahwin tapi rasa macam single (hidup bujang), baik jadi single betul. Sah-sah lagi jimat.”
Demikian kata-kata seorang pemudayang kini menduda selepas perkahwinannya selama tempoh tiga tahunberakhir dengan penceraian.
Menurut rakan kepada pemudaberkenaan, antara punca perpisahannya adalah kerana sikap si isteri yang terlalu berkira dalam hal rumah tangga meskipun bergelarsuri rumah.
Tak tahan sikap isteri, seorang lelaki memilih untuk menduda. -Gambar hiasan
“Tengok Instagram, macam bahagia food hunting sana sini. Salah satu puncanya (bercerai), bini berkira nak basuh baju.
“Padahal bini suri rumah sepenuh masa. Masuk baju dalam mesin basuh, masuk sabun dan tekan butang start je pun.
“Bukan suruh basuh baju dekat tepi sungai,” ujar lelaki berkenaan, berkongsi mengenaikisah rumah tangga kawannya.
Katanya lagi, bekas isteri rakannya itujuga gemar membuat pesanan makanan menerusi aplikasi penghantaran yang menjadi antara punca perpisahan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tak sangka suami sanggup mengaku duda! Konon ‘bercerai hidup’, goda janda anak satu dalam aplikasi cari jodoh
ARTIKEL BERKAITAN:Kaum Hawa disaran hati-hati nikah duda bercerai hidup, siasat sejarah perkahwinan! Tiada wanita nak menjanda jika dapat suami baik
Malah, si suami juga mengakui dirinya berasa sangatterbeban apabila bekas isterinya kerap meminta wang untuk membeli belah.
“Dapat suami kaya dan tak berkira okay la. Yang (kawan) ni, gaji pun cukup-cukup je. Dapat pula bini yang jenis tak membantu.
“Itu membuatkan dia rasa macam hidup bujang. Baik dia membujang betul-betul kawan saya cakap,” ceritanya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dalam kalangan warga maya yang turut berkongsi pengalaman serupa.
Saya memang nak duduk rumah jaga anak. Nama pun kahwin, tu lubuk pahala.
NETIZEN
Ramai yang bersetuju bahawa institusi perkahwinan juga memerlukan persefahaman dan usaha daripada kedua-dua belah pihak.
“Saya kahwin masa umur 29. Lepas kahwin rasa penat. Saya rasa terlalu all out. Bila ada anak lagi teruk rasa. Kadang-kadang terfikir patut ke aku jadi isteri atau mak sesiapa. Mungkin aku patut hidup sendirian je.
“Saya bersyukurnya rasa dapat jadi suri rumah. Maksudnya suami saya jenis yang mampu. Saya memang nak duduk rumah jaga anak. Nama pun kahwin, tu lubuk pahala. Rugi jadi wanita tapi tak buat apa,” kata beberapa netizen.
Antara komen netizen di media sosial.
Dalam pada itu, ada juga warga maya memberi nasihat agar pasangan suami isteri lebih terbuka dan berbincang dalam menjalani kehidupan rumah tangga.
“Macam aku, memang tak pandai masak. Tapi suami jenis suka masakkan untuk aku. Jadi sebab dia dah mudahkan aku bab tu, aku buatlah kerja rumah lain.
“Basuh baju dan sebagainya. Kahwin ni kena banyak duduk bincang, tak boleh harapkan wahyu rajin tiba-tiba turun,” komen seorang netizen lagi.