RSS Suria

“Dia ludah muka saya!” – Cikgu terketar-ketar tahan marah urus murid tantrum… Segera cuci muka, baca selawat tenangkan diri

GURU perlu kreatif untuk mendapatkan perhatian anak muridnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah.

Antaranya menjalin hubungan yang mesra dengan pelajar supaya mereka selesa untuk menimba ilmu serta tidak kekok berkomunikasi dua hala.

Bagaimanapun, melalui satu hantaran di media sosial, seorang guru wanita dikatakan berdepan tekanan melampau selepas berlaku insiden dengan seorang murid.

Pekerjaan guru untuk mendidik anak bangsa merupakan tanggungjawab yang mulia. -Gambar hiasan

Menurut guru itu, pada mulanya dia merupakan seorang tenaga pengajar yang ceria dan periang ketika bersama murid, namun kini bertukar karakter.

“Kisahnya setahun lepas, ada seorang budak tahun 1 ni tantrum. Saya pun gunakan sehabis baik kemahiran yang pernah dipelajari untuk cuba tenangkan dia. Kalau nak tahu dulu saya ambil sarjana muda psikologi kanak-kanak.

“Antara usaha yang saya buat adalah pandang dia pada mata, cuba bagi dia rasa selesa dan pelbagai lagi inisiatif, tapi tak jalan juga. Tiba-tiba tengah dia duduk meragam tu, dia pergi ludah dekat muka saya. Terus naik darah saya ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab… Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab!

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tak jawab kertas soalan, cikgu tinggalkan komen ‘berkias’ dikata biadab… Disuruh berlembut beri teguran

“Tangan saya terketar-ketar menahan kemarahan, saya pun bangun dan pergi basuh muka. Sambil tu saya selawat serta tarik nafas untuk tenangkan diri. Insiden ni banyak mengubah pendekatan saya dalam kerjaya sebagai seorang pendidik.

“Kini saya bukan lagi seorang guru yang lemah lembut. Saya dah tak rajin nak buat kawan dengan budak-budak, kalau dulu saya selalu tanya mereka tentang hobi dan aktiviti waktu cuti sekolah. Tiada lagi semua tu,” ujarnya kecewa.

Tambah guru berkenaan, dia bertindak sedemikian kerana mahu mengutamakan kesihatan mentalnya.

Saya pun cikgu, kalau jumpa murid yang bermasalah macam ni, saya akan pulau je mereka waktu dalam kelas.

WARGA MAYA

“Saya berhenti jadi mesra sebab mood saya sekarang senang tergugat kalau murid buat perangai. Sejujurnya saya rindu dengan diri yang dulu, baru saya sedar sebagai seorang guru betapa banyak pengorbanan yang perlu dibuat.

“Faktor lain insiden tu meninggalkan impak yang mendalam kepada saya adalah kerana ia berlaku di depan guru dan murid lain, maruah saya seperti dipijak-pijak dan di hujung tapak kaki. Budak tu pun bukan tantrum yang biasa-biasa.

“Dia siap buka baju sampai berbogel dalam kelas, kami cuba bermacam cara untuk kawal dia tapi tak mampu. Akhirnya kami pesan dekat mak ayah dia untuk bawa anaknya pergi berubat dengan ustaz atau doktor. Termenung saya fikirkan balik.

Pelayar bertukar pandangan.

“Jangan salah faham, saya sangat suka mengajar, cuma nak berhadapan dengan perangai murid yang biadab, itu saya susah sikit nak tahan,” katanya menutup bicara.

Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu supaya tidak berputus asa.

“Semuanya bermula dari rumah, kalau ibu bapa gagal membentuk anak untuk jadi manusia bertamadun, maka jangan harapkan cikgu untuk tanggung seorang. Masing-masing kena mainkan peranan.

“Saya pun cikgu, kalau jumpa murid yang bermasalah macam ni, saya akan pulau je mereka waktu dalam kelas. Anggap mereka tak wujud, sebab mereka ni dahagakan perhatian, nanti mereka pulih sendiri,” kata pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top