SETIAP insan yang pernah hadir dalam hidup kita pastinya mempunyai sejarah dan kisah yang tersendiri.
Di aplikasi Thread, seorang wanita turut berkongsi kisah bekas teman lelakinya yang didakwa berselindung di sebalik imej alim.
Dakwa wanita itu, bekas teman lelakinya sering menojolkan keperibadian terpuji, namun individusama turut menjadi punca dia hilang kehormatan diri.
Pergaulan bebas menjadi punca ramai anak muda terlanjur. -Gambar hiasan
“Dia punca saya hilang dara. Dia ex yang warak gila. Solat tak tinggal. Kalau keluar dating, dia sentiasa singgah masjid atau surau.
“Keluarga pun baik, tak toksik. Awalnya saya bangga jumpa teman lelaki macam ni, seolah-olah dia boleh bimbing saya. Tapi sebenarnya tidak,” tulisnya.
Menurut wanita itu, dia menyesali apa yang berlaku sehingga terpaksa memutuskan hubungan mereka.
dia sudah ada teman wanita baharu… adakah kekasihnya bakal kena sama macam saya?
PENGADU
Namun katanya, dia kembali teringat kisah lama selepas mendapat tahu bekas teman lelakinya itu sudah menemui pengganti.
“Saya menyesal. Jadi saya reka cerita yang saya memang tak boleh dengan dia, saya buat dia benci saya. Saya tak contact walaupun dia tetap pujuk. Akhirnya saya block.
“Bertahun saya cuba hilangkan diri dan lupakan dia. Kini muncul di media sosial, dia sudah ada teman wanita baharu. Adakah kekasihnya bakal kena sama macam saya?
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita hilang dara sebab zina disaran tutup aib, tak perlu cerita kepada bakal suami
ARTIKEL BERKAITAN:Anak dara lanjut usia tahan telinga buat kerja pasang pelamin! Diri jadi topik borak makcik bawang
“Apa patut saya buat untuk tarik perempuan itu dan beritahu hal sebenar?” tulis pengadu lagi.
Di sebalik segala syak wasangka, wanita itu berkata dia yakin lelaki tersebut sukar untuk mengubah sikapnya.
Namun, dia turut mendoakan agar bekas teman lelakinya itu akan berkahwin dengan kekasihnya itu.
Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya. -Gambar hiasan
Di ruangan komen, netizen turut memberi pelbagai pandangan mereka berhubung perkongsian kisah itu.
“Mungkin awak boleh cipta akaun anonymous untuk berhubung dengan wanita itu.
“Benda paling baik awak boleh buat ialah berdoa. Satu je nasihat, jangan mudah percaya lelaki,” tulis netizen.